Thursday, December 27, 2012

Dating!!!


Masa ber2 jer, mmg sokmo dating.Kalau rasa nak travel jauh2 pun, walaupun tengah hari atau pun malam pun. Selamba jer pack brg apa2 yg patut, pastu Zaaass!!! Pulak tu laki bini jenis x reti nak diam2 kat umah. Jadi x heran our 1st two years here in the UK leh tahan merata kami berjalan dan dah selesai tawaf 1 UK. Alhamdulillah. Masa tu, awak mmg x expect Allah nak bagi rezeki anak setelah menunggu akan lama. Jadi, apalagi mari menghappy kan diri dgn berjalan2. 

Lepas Muhammad 'muncul' dalam hidup, mmg xde chance nak g berdating berdua sbb kami babysit dia sendiri. Pastu 'muncul' pulak cik Ilmi..Kesimpulannya, agak berkurun gak kami berdua x g dating...Jadi pada 20.12.2012..chewaah...cun pulak tarikh tu kan..kan. aku pun dah hujung2 pantang. Maka, berdatinglah kami berdua mcm zaman dolu2 balik.Thanks to our sepupu sbb leh tolong tengokkan budak ber2 tu...tp xde dating mana pun, lepas movie terus balik..teringat kat bebudak tu..hehe..

Citer Hobbit mmg not bad tp xde laa superb sgt. Kalau 5 bintang, leh bagi 4 bintang. Aku rasa citer 007 jebond Skyfall lagi umpph..ooh lupa lak a week before dating nie, sebenarnya dah g dating gak..hehehe..
Bak mak aku pesan, quality time dengan pasangan perlu juga ada. Jadi aku sebenarnya ikut nasihat mak aku g dating nie..Sebab apa? tu nnt aku citer di lain waktu kalau aku ingat ler..hehehe...Oraitsss....mau layan A&H lak sementara org lain semua ZZzzzz..Me time!!!

Tuesday, December 25, 2012

Haiyaaakk!!!!

citer gambar kat atas nie xde kaitan ngan citer kat bawah..
sekadar hiasan..ahaks..
(masa nie x silap 7 months preggy)

Hollaaaa!!!

mesti korng semua pelik...pesal ceria semacam jer cik kak nie..ada screw tercabut kat mana2 ker..hehehe...well....officially, tempoh 'berkurung' I telah tamat yg paling minimum yakni 44 days....Yeehhaaaa!!! bunyi mcm betul2 jer kena 'kurung'..hehe..xde laa sgt sebenarnya, yg aku jaga betul2 pun bab makan, tatatertib dan kesusilaan (dok sopan2..hehehe), bertungku, berbarut dan sewaktu dgnnya..bab berkurung betul2 kat rumah tu..aku hanya termampu utk 14 hari pertama..pastu bila aku dh mula moody dan sebelum aku jadi monster..hahaha- mengikut kata my abang..maka my abang pun bagi arahan paksa aku kena kuar..hohoho...xde g mana pun, dia bawa naik keter pusing2..kasi tengok lampu jer..hahaha..sapa yg kenal chek Durra, leh faham I nie mcm mana yer yakni jenis kaki jalan..keje nak berjalan jer..org kata sbb ada tahi lalat kat kaki..betul ke leh pakai?? tp mmg ada pun tahi lalat sebiji kat kaki aku tu :P 

Alhamdulillah..badan pun dah rasa ok..buat masa nie berjaya turunkan baby fat dalam 8kg..another 6kg to go sebelum dpt berat ideal I..hoyeeehh..selain tu..itu perut kena mau kasi sit up bila dah rasa betul2 ok..x dapat 6 packs pun..1 flat pack pun jadi laa..hohoho..rindu nak terjun kolam renang pun iyer...buat masa nie x berani nak lasak2 sgt kan..kang terpeleot, sapa lak nak tolong urut..jadi sendiri mau hengat laa!! cuma ada certain benda lagi yg aku masih pantang..certain makanan pun aku x berani nak ngap..ada lagi kot yg pantang smpai bertahun mcm masa Muhammad dulu kot..seperti pulut, laksa..huhu..

akhir tahun nie..cuti pun panjang..dgn kisah boxing day nyer lagi..tahun nie utk kali ke 2..pecah rekod, kami x g mana2 pun..tahun lepas atas alasan, x tau dh nak g berboxing apa...tahun nie..en. abang kena siapkan correction. aku lak masih malas nak berhimpit2 ngan org ramai..maka kita berboxing kat umah jer laa ye..aku pun sebenarnya, x tau nak beli apa dah..tp sebenarnya, poket pun kempis jer..terboxing awal secara alam maya..blamed it on winter blues....hahahaha...tu laa alasan yg sebenar2nya... :P 



ini gambar 'hilang akal' bershopping tahun 2010 kat Swindon...hoho..opss tp hasil rompakan tu bukan aku sorng jer yg punya..itu org kaya sarawak yg banyak borong..aku tukang bagi moral support jer..hehehe..tempias skett2 tu ada ler



tahun yg sama gak...2010..boxing tahap gaban..mcm mana pun lebih kepada experience nak nengok org berboxing siap 2 mlm tido hotel lagi. amek ko!!! Southampton- Bichester- Oxford- London...tp seperti biasa..aku masih berjaya menahan diri dari bertinju sampai lebam2 poket..haha..so xde laa banyak mana pun hasil rompakan..big boss pun masih boleh tersenyum..hahaha

Tuesday, December 18, 2012

3 sekawan


hadiah utk diri sendiri...hahaha...OPS mengumpul perkakas dapur.....Tefal idamanku selalu...ahaks...

Monday, December 17, 2012

Hati...




Sekuat mana pun hati membenarkan, 
Namun jauh di sudut hati tetap beretakan,
Secekal mana pun mengiyakan,
Namun kesayuan tetap datang merantaikan..

Duhai hati, duhai minda..
Leraikanlah perasaan yg umpama dilanda badai...
Pergilah engkau menjauhi..
Datangkan damai yg menenangkan dada..
Setiap yang tertulis telah tersurat..
Tenanglah wahai hati....
pelangi indah pasti singgah bagi yang bersabar..

by: PoTe (17/12/12)

Saturday, December 8, 2012

Skin rashes


Ilmi Noura (IN)- 7 days old and on the aqiqah day, her skin was still ok and smooth. 




3 weeks old and she started to develop red rashes on her face..huhuhu..my poor little girl..oh no oh no..

At the beginning, the red rashes were not that obvious and after awhile, it is getting worst. Though, i do asked Catherine- my midwife and the health visitors (JD and Jane) about my concern of her rashes.They just replied that i need not to worry as the red rashes will go away on their own as time passes ( after few weeks). I do asked my fellow friends who are also doctors and got the same replies. Hmmmm...Hopefully, they are right and time will give the answer to it. For the time being, what i did is trying to clean her face with wet cotton from the cooled boiled water regularly. Most mums in the baby forums suggested this method and I found it works. The rashes 'toned down' a bit and the notion of looking into your daughter face with red spots brings worries to yourself. Kurang skeet laa kecomelan di situ..ahaks..

From my internet search (thanks to Mr. Google). Skin rashes in babies are common. There are a list of baby skin rashes from the general to the worst scenarios. Gulp!!Based on my reading and observation, I concluded that for the time being if it true from the facts retrieved from Google. Cik Ilmi has erythema toxicum and 'baby acne'.

what is erythema toxicum?

"Half of all newborns will develop a blotchy red skin reaction called erythema toxicum, usually at two or three days old. It is a normal newborn rash that won't bother your baby and will soon clear after a few days" (source: NHS website) 


what is 'baby acne'?

"Pimples sometimes develop on a baby's cheeks and nose. These tend to get worse before clearing up completely after around six weeks."(source: NHS website)

So and so, time will tell and I am hoping that cik Ilmi will get her flawless skin within few weeks. InsyaAllah. 

Wednesday, December 5, 2012

Saat itu...



Innsbruck, Austria
February, 2010


Exbury Gardens, Hampshire
Autumn 2010


Portsmouth
2008



Kinderdijk, Netherlands
April, 2009

My love for you is simple, deep, and strong.
I feel it flowing towards you from my heart,
A tide of unsophisticated song,
Sung with much desire and little art.
I cannot tell my love, but it will show
In ways that even I cannot foresee;
A love as full as mine must overflow
Into everything that makes me, me.
Just as the sun must shine to be the sun
And trees burst forth in blossom every year,
So I must love in ways that everyone
Can see or sense or reason out or hear.
Still, I'll tell you of my love in this:
For fear, despite all, you might my love miss.

 Venice, Italia
2009

Padang, Indonesia
2007

Paris, France
2006


Mannheim, Germany
2006

So I have found my melody,
And I have found my poem.
My heart has found its harborage,
My will has found its loam.
You are my hearth, my home.





Pissa, Italia
2009

Kedah Darul Aman
2007


My dearest love
Thank very much for our great 8 years together
Thank Allah for the Blessings

Monday, December 3, 2012

Appreciation...Part 2


Tidak dinafikan dan satu statement yg aku yakin ramai yg tahu...Syurga itu di bawah tapak kaki ibu....Rasulullah SAW pun bila ditanya...siapa yg perlu kita sayang..sebanyak 3 kali, Baginda menjawab 'Ibu" dan "Ibu" dan "Ibu". Memang tidak dinafikan betapa tingginya darjat seorang insan yg kita panggil mama, ibu, ummi, mommy. 

Tapi disebalik kekuatan seorang ibu..aku sendiri ada masa gagal atau terlepas pandang untuk mengiktiraf betapa besar jasa seorang insan lain yang turut terlibat secara langsung dalam membesarkan aku..iaitu jasa seorang ABAH....tanpa sokongan padu insan yg seorang ini, aku yakin yg hidup aku x lengkap dan x sempurna..


Teringat nasihat sahabat dunia akhirat aku yg mengingatkan aku akan hal ini..Syukur punya sahabat yg sanggup ada ketika senang dan susah serta ikhlas dalam memberi pandangan..supaya sahabat beliau yg sorng nie x terikut dgn hasutan dan bisikan syaitan..Alhamdulillah...


durra,
sebagai sahabat, aku bagilah pendapat aku yang ikhlas ni, moga2 ko mendapat sedikit kelapangan.
pagi tadi kebetulan aku ada dengar tazkirah pagi kat radio, perihal mendahulukan ibubapa lebih daripada segalanya. Sebagai anak yang beriman, aku pasti kau sentiasa tak lupakan jasa ibu ko, mengandungkan, melahirkan, membesarkan, mendidik sehinggalah keakhirnya...sehingga pemergiannya masih dirasai. aku yakin nanti umur ko dah 60-an pun akan rasa macam semalam dia pergi.....


tapi kita..aku juga...sering terlupa jasa ayah. walaupun dia tidak directly involve dalam membesarkan kita, janganlah sekali2 kita menidakkan pengorbanannya juga. Malah jika tiada nama dia di belakang nama kita, hanya sekadar abdullah, masyarakat sudah memandang rendah kita. dialah yang menaungi kita, samada kita sedar atau tidak..kerana kewibawaan dialah, kita berjaya seperti yang sekarang. kita dihormati dan tidak dikotak katikkan kerana orang tahu kita berayah. pengorbanan wang ringgit tak usah ceritalah, menjadi penunggu setia, bekerja seorang diri menyekolahkan kita dan adik2..malah ibu kita jadi sebegitu hebat di mata kita kerana sokongan dia juga.


durra...
kau sudah kehilangan ibu ko..dia sudah selamat di alam barzakh sana. kini yang tinggal, harta yang paling berharga untuk ko adik beradik ialah ayah ko tu, nun jauh di perlis. berapa umur dia? Rasulullah saw bersabda, umur umatku adalah sekitar umur 60 tahun sahaja. sudah terbalaskah jasa yang dia taburkan? sudah puaskah hatinya kita gembirakan? tak mahukah kita gembirakannya dengan memenuhi kehendaknya sementara dia masih hidup? ko kehilangan ibu. tapi dia kehilangan isteri. 38 tahun durra..suami yg isterinya surirumah, mcm ayah ko tu, lagilah terasa, sbb depedencynya 100%. Ayah aku tu, sana sini mak aku kene teman, kalo mak aku sibuk layan anak cucu pun die jeles tau. tahap manja..taktaulah kalau tiba2 mak aku takde.


durra..
bile ayah ko nak cari isteri baru, bukanlah niatnya nak gantikan mak ko. mak ko, akan kekal di hatinya sampai bila2. mcm Rasulullah SAW waktu Khatijah meninggal dunia, dia masih memuji2 arwahnya depan Asiah. bukan ayah ko nak menggatal, cuma dia mahu ada orang mengharapkannya...supaya baki hidupnya masih bermakna. lagi2 korang semua dah berkeluarga, ayah ko lagilah rasa tak bernilai, bila mak ko pergi. pastu yang basic makan, pakai...teman berbual, bertukar pendapat.


durra...
syaitan sentiasa mencari jalan mewujudkan perasaan marah, permusuhan antara ahli2 keluarga. dia bertepuk tangan bila kita anak beranak adik beradik saling marah2 dan rasa tak puashati. kalau tgh tiba2 korang adik beradik berperasaan begini, ayah ko tiba2 pergi di jemput, macamana?? sementara ayah ko masih bernafas ni, tunaikanlah apa sahaja permintaannya, yang menggembirakannya, yang melapangkan dadanya. jangan kita anak2, menambah2 beban dadanya, hilang isteri, anak2 semua tak nak kawan pulak, marah2...sedihnya hati. berkorbanlah perasaan tu, utamakan kegembiraan orang tua yang tinggal seorang tu.





Seriously, lepas aku baca email yg sahabat aku tulis nie...terasa satu perasaan haru-biru yg bersarang dalam hati, plus keserabutan dalam kepala perlahan-lahan terlerai..begitu juga airmata kekesalan pun turut jatuh dgn lajunya..Sungguh terkesan sekali nasihat yg sahabat aku coretkan.

Ohh betapa aku telah bersikap tidak adil dan berdosanya aku terhadap insan yg begitu besar jasanya kepada ku selama nie..atas semata2 aku biarkan emosi menguasai akal fikiran (rational) sehingga membenarkan musuh utama anak adam membisikkan kata-kata yg dalam hati dan fikiran ku untuk menidakkan permintaan insan yg bernama abah ini...Alhamdulillah..Allah telah menghantarkan kelapangan hati dan minda untuk aku menghadapi situasi yg rumit dan memerlukan keredhaan pada ketetapanNya..



Aku yakin dan sangat yakin...kasih sayang abah pada mama seperti cintanya dan kasihnya Rasulullah SAW kepada isterinya yg pertama iaitu Saidatina Siti Khadijah..Seperti cinta Adam & Hawa...Cinta yg akan dibawa sehingga ke liang lahad..Cinta yg sangat unggul...tempat istimewa mama yg memang tiada siapa yg dapat menggantikannya..Malah aku turut teringat-ingat pesanan mama aku 2 minggu sebelum pemergiannya, yg abah perlukan teman dan mama berkali-kali berpesan padaku yg beliau redha...sekiranya beliau tiada..akan ada yg menemani abah aku...sungguh mulia hati mama...begitu memahami suaminya hingga ke akhir hayat..



Walaupun Kau telah memanggil mama pergi mengadapMu lebih awal, Ya Allah memberi aku peluang dan kesempatan kepada ku untuk membalas jasa serta berbakti kepada abahku dalam beliau meniti hari-hari tuanya..Berilah kesempatan padaku untuk membahagiakan serta menceriakan hidup beliau selagi hayat dikandung badan...Ameeen...

Dulu masa kecik-kecik, aku sgt 'gerun' dan adakala aku agak jem ngan abah aku sbb sgt strict dgn aku..rasa mcm terlalu banyak tanggungjawab aku kena buat..n banyak summer camp aku kena paksa rela attend..dan selalunya kalau kena denda atau rotan aku ler mangsa paling teruk kena berbanding adik-beradik aku yg lain (tp x salah pun..mmg aku nakal dan x reti duduk diam pun) towards the end, aku sgt2 bersyukur dgn exposure, responsibilities dan trust yg beliau berikan utk aku...sbb semuanya aku dapati sgt bermanafaat utk aku menghadapi saat2 sukar dan genting dalam hidup aku..
Terima kasih abah!!! I love you so much!!!

Rasullulah s.a.w bersabda, "Redha Allah tergantung pada redha ibu dan bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka." (Riwayat: al-Hakim)

"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat 24)

Appreciation...Part 1

I would like to dedicate this special entry to a very special man...




Sometimes the ones you care most for are the ones you neglect the most. It's easy to forget about the feelings and aspirations of those closest to you as you move around them daily and sometimes take them for granted. Appreciation of their presence in your life is always something worth stopping for.......





Banyak yang bilang...
Ayah berpikir dalam diamnya.
Ayah menahan rasa kesal dalam diamnya.
Ayah bangga pada kita, dalam diamnya.
Ayah menyimpan semua beban hidup dalam diamnya.
Ayah menyayangi kita dalam diamnya.

Ya, ada yang bilang begitu. Dan aku percaya. 
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak memikirkan kita, masa depan kita, bahkan kebutuhan kita sampai sedewasa ini. 
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak menyayangi kita. Tapi Ayah selalu menginginkan yang terbaik untuk hidup kita. 
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak bangga pada apa yang telah kita dapatkan. Tapi Ayah hanya menjaga agar kita tidak menjadi manusia dengan rasa sombong yang luar biasa. 
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak memiliki beban. Tapi Ayah hanya tidak ingin menyusahkan kita. 



Ya, Ayah hanya ingin merasakan dan memikul bebannya sendirian. Karena Ayah, sayang kita.

Saat kita begitu banyak melakukan kesalahan, Ayah selalu memaafkan. 
Ayah selalu menerima permintaan maaf dan penyesalan kita. Yaah, apapun itu. 
Ayah tidak pernah mencatat semua pengorbanannya untuk kita, tapi ia selalu mengingat masa-masa kita mulai tumbuh dan memberikan kita keberuntungan karena memiliki saat-saat kenangan itu bersamanya. 
Sebab cinta dan ketulusan Ayah, selalu mengalir sebagaimana aliran darah yang mengalir bersamaan dengan degup jantung dalam tubuh kita. 
Yaa, sebesar itulah cinta Ayah. Tak terhitung, seringkali tak kita sadari, tapi menghangatkan kehidupan.

Sebelum terlambat, berlari lah dan hampiri Ayahmu...
Meminta maaflah atas semua kesalahanmu dan peluk dia...
Katakan bahwa "Aku Sayang Ayah"...

Satu kalimat sederhana yang bermakna ribuan jawaban atas pengorbanan Ayah terhadapmu.
Satu kalimat sederhana yang bisa sedikit meringankan bebannya.
Satu kalimat sederhana yang bisa memberikan senyum diwajahnya...
Satu kalimat sederhana...

Sesederhana ketulusannya, membesarkan dan merawat kita...

Dialah, AYAH...


Saturday, December 1, 2012

Berita di pagi Sabtu....

Seawal pagi sabtu, lepas jer aku selesai BF cik Ilmi..sambil2 tunggu nak breakfast, aku pun godek2 ler fb dari hp aku..terbaca satu status dari member aku yg buat aku rasa tersentak...ucapan takziah utk kawan sekerja beliau yg telah menerima Ujian besar dalam hidupnya...Nama yg disebut2 tu sgt2 familiar walaupun dh bertahun tak dengar namanya...jadi aku pun buat 'research' dlm fb..

Yup, mmg x syak lagi, kawan yg kawan aku maksudkan aku tu...rakan semengaji, sesekolah, sejiran dan juga sekampung aku Bandar Baru Bangi..dari dia yg sulung sampai lah ke adik-adiknya yg lain, kesemuanya belajar mengaji Quran dgn mama aku...Keluarga kami memang saling mengenali antara satu sama lain..Bangi masa tu hanya ada Fasa 1 dan 2..Cuma bila dh besar dan berkeluarga masing-masing membawa haluan mengikut rezeki masing-masing. 

Ya Allah, sungguh besar ujian yg beliau hadapi.. Kehilangan seorang isteri yg sedang sarat mengandung serta anak bongsu dalam satu masa yg sama..Ya, kehilangan 3 orang insan tersayang yang pada aku, betul-betul menguji kesabaran dan keimanan seseorang. Walaupun beliau serta anak sulung dan kedua selamat, tapi kesan kehilangan insan tersayang di depan mata..Serta anak-anak arwah yg masih kecik2 lagi sudah kehilangan sentuhan dan kasih sayang seorang ibu...MasyaAllah..hmmm...x tau nak cakap macam mana..Semuda itu, anak-anak ini kehilangan ibu mereka. Dibanding dgn diriku yg Allah bagi peluang lebih lama untuk bersama2 dgn mama...Sayu..sedih semua ada...Teringat maksud surah Ar-Rahman..ayat yg berkali-kali diulang: 

Ayah 16: "Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinns and men) deny?"


Terdetik dalam hati aku..."Semuanya hanyalah Pinjaman semata-mata..Sekiranya dipanggil pulang oleh Pencipta..Dia sememangnya berhak".... Al-Fatihah utk arwah Siti Khadijah serta kedua-dua anaknya...Semoga Faizal Arif dan 2 org anaknya tabah menghadapi kehilangan insan-insan tersayang...Al-Fatihah..

Klik di sini utk makluman lebih lanjut.