Thursday, October 31, 2013

Malam 'berhantu'...

Kalau dulu duduk asrama, antara citer yg mesti ada 'hantu' atau aktiviti paranormal. Punya ler femes geng2 tak jejak tanah ni. Aku dulu dok asrama, mmg selalu lah di'dedah'kan citer2 menegakkan bulu roma nie. Brrrr....tapi kat sini, diorng pula yg prefer jadi 'hantu'. Walhal, selalu dah perangai mcm 'hantu' kalau waktu malam2, lepas minum air syaitonirrojim..Ish ish ish..banyak dah rasa entry aku pasal kejadian-kejadian x semengah yang berlaku dkt rumah aku ni...dalam 2-3 hari nie, memang bilangan 'hantu-hantu' yang berkeliaran di sekitar Porstwood agak membimbangkan.Boleh la panggil uncle seeker datang berkawan dgn diorang nie..heheheh....Insiden terbaru yg menyirap darah aku shot smpai ke tingkat 8...2 hari lepas, a group of idiots buat scene kat depan rumah kami..aku n my abang berkejar kuar..aku siap jerit lagi..hahaha..sungguh perkasa. Geram seh! kul 10 malam n my kids are fast asleep korang g buat bising..Paling menyirap bila ada sekor dua yg mula duduk atas kerete (bukan dlm kereta) atas kereta. Ada yg bertumbuk..ada yg dalam tong sampah (bukan luar) tapi dalam..rupa-rupanya ada sorang makhluk yg jatuh ke GF rumah kami..haaa hameeekkk ko..hehehe...jadi nak x nak, kena laa bg diorng masuk dlm n kutip balik kawan diorng tu...mujur ler masih bernyawa mamat tu..tu laa penangan 'air syitonirrajim'...iskh iskh iskh...

Jadi....tu citer sampingan jer...Tak ketinggalan gak kat nursery muhammad pun diorng gak Halloween Party/costume party. Jadi, aku pun pening kepala. Nak bagi si Muhammad ni jadi apa. Adoiii..harga costume yg jual kat Asda, Sainsbury, Tesco dll tu leh tahan gak..Belas2 pound gak tu...mula-mula ingat nak DIY jer jadi kan je LANUN..hehehe...belek2 punya belek kat dalam almari...Maka.....

  
Muhammad and his child career Mrs Joana (Jo)

Rupa-rupanya ada costume nie..Lega sangat mama dia..Thanks tu auntie Rus n uncle Jebat sebagai penaja utama Muhammad ke party sekolah dia...hadiah Bday Muhammad :) jadi, jimat poket mama n xyah mama pening2 nak DIY baju Muhammad....Yeaay....x dan nak snap gambar Muhammad n kawan2 dia..Girls rata2 jadi princess laa...or Disney character..snow white ada, sleeping beauty n banyak lagi...n Boys rata2 jadi Marvel Characters segala jenis Man kat belakang tu..ada gak few Lanun..comels!!! Kelas pun dihias bagai..mama x sempat snap jugak. Pumpkin merata2..nnt laa kot arini ada peluang..leh laa g snap barang sekeping dua buat kenangan persekolahan Muhammad kat sini...

Sapa2 yg minat cekelat...this is e best time to buy..Murah giller!!! tapi aku xleh makan bebanyak cekelat dah..hohoho...gigi dh x baper ok lepas bersalin 2 nie..oh my teeth..xper laa..janji masih vogue..ahaks...oraits..nak kena g jemput MH dah...adios amigos...

Monday, October 28, 2013

Words of wisdom

Petang-petang yang kelabu asap walaupun baru jer jam 4.45 ptg..Tetiba tergerak hati lak nak share wisdom words dari awek nie Pattie (click her link for more reading materials) : aku sangat setuju 110% dgn apa yg dia cuba ketengahkan. Banyak gak yang aku terlepas pandang. Life is too short aand precious to waste it on unnecessary things. She says:

Don't undermine your worth by comparing yourself with others. It is because we are different that each of us is special.

Don't set your goals by what other people deem important. Only you know what is best for you.

Don't take for granted the things closest to your heart. Cling to them as you would your life, for without them, life is meaningless.

Don't let your life slip through your fingers by living in the past or for the future. By living your life one day at a time, you live all the days of your life.

Don't give up when you still have something to give. Nothing is really over until the moment you stop trying.

Don't be afraid to admit that you are less than perfect. It is this fragile thread that binds us to each together.

Don't be afraid to encounter risks. It is by taking chances that we learn how to be brave.

Don't shut love out of your life by saying it's impossible to find time. The quickest way to receive love is to give. The fastest way to lose love is to hold it too tightly. The best way to keep love is to give it wings.

Don't run through life so fast that you forget not only where you've been, but also where you are going.

Don't forget, a person's greatest emotional need is to feel appreciated.

Don't be afraid to learn. Knowledge is weightless, a treasure you can always carry easily.

Don't use time or words carelessly. Neither can be retrieved. Life is not a race, but a journey to be savored each step of the way.

7 ke 8

Salam Isnin semua....senyum jgn x senyum wpun kena tatata kejap kepada weekend, Isnin kena gak mau kasi ceria. Baru meriah hidup kan.hehehe.
xmo stress ok. 

7ke 8? apa kebenda tu. Umur ker...harga barang naik ker? hahaha..sebenarnya citer pasal masa jer pun.Dari 7 jam kepada 8 jam beza masa antara UK dgn Malaysia. Jadi kalau apa2 hal nak call Malaysia, aku kena tune balik n kira balik supaya xde aku g call ayah aku..tok aku or sapa2 kat Msia tengah malam buto Kira-kira dan ubah masa nie biasa jadi 2 kali setahun. Perkara ubah masa nie, bukan org belah dunia sini buat suka-suka. Tapi ada sebab musababnya. Mula-mula datang sini, terkojut gak den. Pesal suka ati ko nak plus minus satu jam nie..pening jap nak adjust. Ni dah tahun ke-6 baru ler faham.Hahaha..lama gak tu nak leh faham.

Diorang panggil Daylight Saving Time. Perubahan mengikut waktu Summer UK (ni aku citer based on waktu UK). Majority negara-negara kat belah atmosphere dunia sini mengamalkan benda yg sama. Diorang akan mula ubah pada tiap-tiap hujung bulan March. tahun 2013 ialah pada 30hb March dan akan ubah lagi sekali pada hujung October (27hb October,2013). 

Kalau bulan March tu, sebab musababnya summer time nak mula dan SIANG lagi PANJANG dari malam.Nak tunggu masuk isya' waktu nie mmg berjaanggut. Dkt jam 11 gak bila peak hours tu baru solat Isya'. Puasa last year, mmg kayu pengukur kepada kesabaran dan tahap ketahanan badan juga bila mana Maghrib masuk jam 9 malam dan subuh jam 2 pagi. 

Hal yang totally opposite berlaku untuk bulan October pula, MALAM lagi PANJANG dari siang. Jadi rasa sangat ler lemau, lebam dan ZZZzzz..hehehe..skrng jam 5 ptg dah gelap..subuh pula lewat habis dkt2 jam 7 lebih...Cuaca jangan cakap ler, mendung dan ZZzzz...hehehe sedap jer berbungkus dalam duvet. Ahaaa...ramai kaum wanita yg suka ganti puasa waktu-waktu gini (termasuk ler tukang tulis blog nie..hehehe). 

Jadi, pada yg perlu tukar jam tu. Silalah berbuat demikian, supaya anda tidak ketinggalan bus, atau terlepas pandang waktu mengadap supervisor dan sewaktu dgnnya...hehehehe....Selamat membungkuskan diri.

Monday, October 21, 2013

Bila musim 'gugur' datang menjenguk..

oh salam aidiladha buat semua kawan-kawan....
mesti masing-masing puas ati makan daging sempena raya korban. Kami di soton pun tidak ketinggalan. Cumanya diraikan during weekend sbb during weekdays, ramai yg x berkesempatan. Ada yg kena mengadap supervisor, ada yang bekerja dll. Jadi, semalam berlangsung majlis qurban yang diajurkan oleh penduduk Malaysia di Soton. Tak silap kambing yg terkorban berjumlah 7 ekor. Ini termasuk ada yg berniat aqiqah utk anak2 mereka. Tapi....aku tak dapat nak join tahun nie sebabkan kena jadi nurse utk Cik Ilmi Noura. Nampaknya tahun nie memang kami sekeluarga x menyambut raya baik AidilFitri mahu pun AidilAdha. Sambutan yg sangat sederhana..

Sambutan Aidilfitri sepatutnya sgt gemilang.Chewah, perkataan gemilang tu sgt x tahan ok. hahaha...Kami mendapat tetamu VVIP auntie norma, uncle n Didi.Tapi pagi raya tu, semua serba x kena. Masak x jadi, plus tetiba Muhammad sakit. Selain tu, en abang tak dapat amik cuti sebab ad ameeting penting. Jadi, sambutan AidilFitri agak kelam kabut dan semput.But it's ok. Yang penting, ceria dgn kehadiran tetamu VVIP kami tu.

Sambutan AidilAdha tahun nie pula. dan abang telah mengambil cuti in advance. Siap amik cuti 2 hari lagi...sekali , kami beraya di sini....


Yup...dlm bekas tu rendang daging yang dlm kalut2 tu sempat aku pack n masuk dlm beg sepital..Plus bawa gulai tulang n nasi..Malam sebelum tu, aku jadi mak guard merangkap Pn Misi..gara-gara penangan acute asthma lagi.Hmmmm xleh nak cakap apa sbb musim beralih angin lagi. Musim 'gugur' menjenguk dan musim 'kepanasan' says bye2..jadi Muhammad yang mmg x leh nak tahan dgn cuaca yg extreme. Jadi AA datang ler..jadi seharian kat sepital utk observation. Alhamdulillah, lepas dpt steriod, doktor cakap ok and x perlu buat neb. Cukup dgn inhaler treatment dkt rumah. Lewat petang baru kami dapat balik n merayakan saki-baki Aidiladha yang masih ada :) Alhamdulillah...

Seperti biasa..rumah kami akan ada vicious cycle..Lepas en abang kena, Muhammad..n sampai pula turn Cik Ilmi....jadi dah 2 hari..cik IN x ok. asal panas je high temp..maka sekali lagi, mama gaban diorng nie jadi mak guard dan juga pn misi....

Cik IN mmg kalau sakit..manja berganda-ganda. Asal malam jer mesti nak tido bawah ketiak mama dia..sampai lenguh2 ketiak I..u!!! adoiii...tp tu ler namanya kisah anak n ibu..sekali lagi mama diorng boleh berkawan dgn panda yg comel kat zoo tu..xper laa..janji anak2 sihat. Mama jadi kawan panda pun ok..Nampaknya cik IN makin ok...dan high temp pun makin berkurang...selain bagi paracetemol/Calpol. Aku buat gak stim session utk kuarkan hingus dan kahak. Plus buat gak tepukan utk buang kahak yg aku belajar dari kawan aku yg psychotherapy kat Sepital Kerajaan. Teknik tu berkesan utk membuang kahak..Tepuk2 manja org cakap...Alhamdulillah membantu..



ini ler dia dua budak cheeky. dan rambut cik IN tu, kisah kejadian sehari sebelum Raya Qurban. Hasil tangan abah dia..x dapek den nak nolong..huhuhu...x dapat ler pakai clip rambut. Kena tunggu sampai panjang balik...Huwwaaaaaaa.....


Friday, October 11, 2013

Gelato oh gelato










mamma miaaa.......yummylicious..ada beran? ini namanya Super Sundae...penat n mengah gak ler ahkak n ahbang nak menghabiskan semangkuk gelato nie. Dengan 4 scoop og gelato plus, strawberries, plus waffle dan segala mcm accessoriesnya itu. Berpeluh gak ler dlm kesejukan malam nak menghabiskan semangkuk ni! Harga GBP8.95. Not bad kan.

Dekat Portswood Road (kira main road yg penuh dgn kedai-kedai) ada satu kedai Ice-cream yg diberi nama Sprinkles Gelato (SG). Gelato berasal dari bahasa Italy iaitu ice-cream. Mula-mula dulu masa pergi german, aku mati-mati ingat gelato tu gelatin.Siap takut-takut nak makan. Hahaha...apa laa kan..bikin malu jer.Yang best kat german, rata-rata kedai gelato nie owner dia Italian. Diorang yg buat sendiri gelato kat kedai tu. Jadi lain kedai, lain rasanya. Kelainan yg sgt menarik.

SG ni baru dibuka last year and bam!! terus jadi fav. hangout place bg warga Portswood dan sekitarnya. Menjadi tempat lepak bg muda-mudi terutama uni students, families dan setiap lapisan masyarakat. Kiranya tokey kedai nie telah hit the jackpot. Amatlah susah nak tengok keadaan SG ni kosong or lenggang. From time to time, mesti jammed pack. Especially during peak hours- after 5pm on wards. Satu perkara yg best, ditanggung halal sebab owner kedai nie Muslim dan segala gelato tu diorng buat sendiri kat rumah kedai nie (kedai 2 tingkat). Jadi boleh makan tanpa was-was.

Diorng punya ice-cream selection..Mak aiiii...memang menggugat Iman..Dgn harga GBP2 per scoop to begin with. N lagi banyak kita order, harga pun makin diberi diskaun. Tapi segan lak aku nak g amik gambar deret2 kotak gelato tu kan..x macho laa kan..macho mesti mau kena control kan .hehehe. Kesedapan gelato diorng memang mengundang kenangan indah dan kesedapan makan gelato kat Italy, Germany dan Spain. Dari 5 bintang, aku bg 4.5 bintang.Tudiaaa!! Setelah sekian lama aku dok menunggu dan terbayang-bayang kesedapan gelato di 3 negara tadi. Lega dan suka sangat bila dapat menjamu gelato dekat dengan rumah..Jalan tak sampai 5 minit pun.


Wajah mengantuk dan puas hati dapat makan waffle dan gelato. Lama dah x dapat dating macam gini ;) hehehe

Wajah orang suka hati sebab dapat 'membalas dendam' makan gelato banyak-banyak.



Ha....lebih kurang mcm nie ler pilihan gelato yang ada kat SG tu..banyak kan. Mana satu pilihan kalbu?

Wednesday, October 9, 2013

Kisah soton

Sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam catatan harian aku. Tapi disebabkan kekangan masa dan keadaan. Banyak photo dan cerita tersimpan dalam hp jer. Hohoho. Macam ler sibuk sangat kan ;) wink wink wink.

Dalam masa yang tinggal tak sampai setahun lagi kat bumi Omputih nie, aku rasa terpanggil nak mencatatkan suasana dan kisah persekitaran tempat tinggal kitorang. Contoh macam, kedai tempat kami buat weekly groceries, tempat beriadah, tempat g swimming, university, kenderaan awam, makanan dan macam-macam lagi. Untuk tatapan kami sekeluarga bila rasa kerinduaan pada tempat nie utk masa akan datang. 

Jadi dalam entry aku yang akan datang. Selain bercerita aktiviti kami dan juga anak-anak. Sambil tu selit juga kisah kampung Southampton kami ni. Jadi kot siapa-siapa yang tetiba tersesat sampai sini. Kurang-kurang kalau diorng bertanya kat aku, aku malas nak citer panjang. Aku bagi je link blog nie..Ha! senang kan. Canggih sungguh kuasa teknologi.