Monday, November 25, 2013

Versi Kawan Part 1

Salam isnin semua....

Mesti korang semua rasa sgt bertenaga di pagi Isnin nan indah nie (kat sini masih pagi lagi..) Macam mana dgn weekend? oooh aku punya weekend penuh dgn colors of rangoli.Unexpected thing happened and apart from the surprise, there are always silver linings. Tapi pagi ni, nak citer jenis-jenis kawan/sahabat yang berdasarkan pemerhatian aku selama ni. Chewah, so apa yg aku tulis ni more towards life time learning experience. 

1. Si TukangCerita
Ahaaa....ada orang yang cari kawan, untuk jadikan tempat dia bercerita pasal diri dia..Tapi, dia xde nak amik pot (x berminat laa dalam bahasa lainnya) pasal si kawan dia...dia cerita cerita n cerita je pasal dia...Ni namanya kawan si Tukang Dengar..kalau kita cerita (share) kat dia pun pasal kita, respond pun ado-ado jer...n biasanya xde respond tindak balas dari dia. Jadi, kita dengar jer laa apa yang dia nak cerita...after all, dia cari kita bila dia ada benda nak diceritakan. Jadi xyah laa kita nak buang masa nak share cerita kita dengar si tukang cerita ni. Awak punya post adalah si tukang dengar bagi pihak si tukang cerita. Amacam? Pening x ayat belit-belit aku nie..hehehe..Kang awak lak yang terasa hati sbb xde respond..After all, kita hanyalah tempat dia untuk bercerita (omputih kata, a good listener).Kalau si tukang cerita ni nak dengar cerita awak, tu dah x masuk kategori ni. Tu lebih pada 2 ways communication. Awak cerita, saya dengar, saya cerita, awak dengar..Haaa..nampakkan bezanya di situ.

2. Si Tukang Sibuk
Kategori ni pun menarik gak, kita jarang-jarang or tak selalu pun jumpa dia. Tapi pelik bin ajaib, hal ehwal semasa kita leh kata semua ada dalam kocek dia. Tambahan, kalau jumpa lagi laa harus disoal-siasat perlbagai jenis soalan. Macam dalam citer CSI pun..ni namanya si tukang sibuk..hehehe...jangan terkejut yang cerita pasal kita sendiri yang kita tahu x pernah wujud pun. Si dia ni pun tahu. Ha?? Macam mana tu ;) Ini kategori, memang ada, jangan ingat x ada. Selalu kita jumpa.

Ok laaa nnt aku sambung lagi siri mari mengenal jenis-jenis kawan di sesi yang lain. I ada keje skeet nak kena buat..So untuk layan monday happening ;) ni utk korang yang ada selected few yang superb serta boleh sama-sama kongsi ups and downs. Kira ngam ho!!!







Thursday, November 21, 2013

Heavy mental?? huh??

Dalam dok riuh macam-macam benda yg x elok dalam FB tu, aku nampak gak few things yang elok pasal FB nie. At one point, I had a feeling to close my account and bid farewell to this networking site. Tapi, bila pikir-pikir balik, what is the purpose of running away from something that might cause discomfort to you and yet it gives loads and loads of benefits in return. Aku rasa sangat rugi. We are in control of it and not another way around. Key word here is "Kesederhanaan''. Pergh..ayat kamus bahasa tu..Hehehe..bunyi berapi x hengat kan..Jadi lepas bahagi kira n tolak-tolak semua. Aku pun cakap kat diri sendiri, kena ler pandai disiplinkan diri guna benda alah 'mukabuku' ni supaya x menjadi bahana.So far masih lagi addicted..hahaha..please durra..focus focus..

Antara kebaikan yang aku rasa laa pada aku, selain dapat keep in touch dgn family dan sahabat handai. Banyak sungguh articles (yang ni kena laa pandai2 tapis, jangan pakai angkat muat semua je maklumat), dan juga 'pakar-pakar' motivasi yang terlatih atau x terlatih muncul dalam arena FB. Which is good pada aku, kata laaa hari tu agak x ong kan. Sekali terbaca le member sorang nie bagi 'ayat-ayat' bertenang. Rasa sejuk gak hati. Tapi paling aku xleh blah..kalau berderet2 betul 'ayat-ayat' penenang yang dipaparkan oleh minority ahli FB yang aku rasa 'menyemak' wall aku tu..jadi, ada gak yg aku 'invisible' kan kewujudan mereka ni. Plus mereka yang sgt suka menjual and hobi tag org kat barang dia (ni kes yang berkali-kali tag..adoi stress mak ok!!). Aku tahu laa ko jual ubat kuat. Tapi aku x nak beli lagi. Ntah sapa-sapa pun x tau laa..Turun dari gunung keriang kot..hahaha...

Jadi arini, aku terserempak pasal satu article ni yang ditulis oleh omputih. Nama awek tu Amy Morin.Dia bg 13 tips mcm mana nak jadi org yang mental dia kuat (fuh!!) x buat. hehehe..terbalik2 ler pulak ayat aku ni. Apa yang dia ckp tu, aku setuju dan quite a few yang aku mmg dok practice pun..achehehe..Poyo di situ..
dan quite a few gak yang aku cuba amalkan. InsyaAllah..antara part yg aku suka.

No.4 -They dont waste energy on things thet cant control. 
Contoh dia bagi laa kan, kita naik flight pastu ilang beg. Kita dah buat terbaik. Tapi beg tu nak hilang gak. So tarik nafas and bertenang. Benda tu mmg kita xleh nak control. Jadi buat per laa nak jem or marah2 org e whole day sampai tergolek2 kat epot tu kan kerana sebuah beg yang dihilangkan oleh org airport.Gitulah...Beg dah hilang, so buat report n berdoa kot ada rezeki awak esok. Jumpa laa beg tu.Kalau x jumpa, ada ler salah silap kita dgn Dia kat mana-mana. Sebagai reminder..Settle!!

Nak tahu yang selebihnya...check it out kat sini (cara-cara nak bagi mental kuat..tanpa perlu makan ubat kuat...hehehe) Happy reading ye kawan-kawan semua..Moga lepas ni semua berheavy mental..Gua nak sambung mind-mapping. Chioww..


Wednesday, November 20, 2013

Mari membakar....

Oh tetiba je datang mood utk membaking/membakar. Dulu mmg jadi peneman my abang je bila datang mood dia utk membaking. Tanpa diminta tanpa disangka, mai jer rasa nak membakar. Tapi korang jgn risau, aku x bakar rumah dan seumpamanya. Hehehe..xde keje kan...cukup-cukup lah dah g bakar dapur rumah aku tu sekali..

Ni ler penangan bila ada anak teruna sorang kat rumah yang menagih janji manis dari mama dia. Dia kempunan muffin mama dia buat. Jadi nak tak nak aku yg memang junior habis dalam bab membaking nie, buat gak ler seketul dua muffin yang paling basic sekali. Seharian laa anak teruna dok puji sedap sedap..hohoho..aku rasa ado-ado jer. Siap bawa bekal gi pre-school dia lagi..Kombang setaman sat, walaupun aku tau..xde laa power mana pun muffin ado-ado aku jer. Air tangan mak kot ;)

Jadi dari mula buat muffin, dah jadi macam penyakit berjangkit lak. Tetiba gi buat brownies, pastu g buat sponge cake laa..N tetiba jatuh hati lak pada nak membuat ROTI..apa?? Roti..ye tuan-tuan dan puan-puan. Saya nak berkecimpung dalam bidang membuat roti.Poyo je kan.Hahaha..kalau sapa yang kenal aku betul-betul, mesti cakap.Biar betik?? X betik pun, buah strawberi jer pun..aku pun x mimpi yg satu ari aku terlibat dlm bidang membakar ni..hohoho.

Jadi lepas aku kira-kira duit dalam tabung arnab tu. Maka selepas 2 weeks bersengkang mata (poyo lagi) membuat kajian ilmiah dan sesuai dgn budget yang ada, hahaha..Aku berjaya mendapatkan ini...tara....

Seketul breadmaker Kenwood.

Sangat besar ler harapannya supaya seketul ini tidak semata-mata menjadi barang perhiasan di dapur. Beliau akan membuat apa yang telah disetkan utk beliau buat..hahaha..mesin ni selain buat bread, leh buat doh (utk pizza ke, donut ke etc) dan juga leh buat jem sekali. Tapi..ha ada tapi, kena laa tuan dia rajin utk membuatnya. Idak, buat jadi alat utk kumpul habuk jer laa..kuikuikui..Majulah breadmaker utk membakar roti..Yeahh....

Tuesday, November 19, 2013

Terkesima.....

Salam Isnin semua...Dari semalam, banyak rakan-rakan fb yang dok share satu link youtube yang bisa menaikkan bulu roma serta mengalirkan mutiara mata tanpa dapat ditahan-tahan...Lihat di sini

Sejuk perut ibu mengandungkan 9 bulan, tenang hati si bapa yang mendidik selama hayat beliau. Pergi dalam usia yang muda tapi penuh dengan perkara kebaikan serta berjuang di jalan Allah. Terbayang ketika arwah mama pergi meninggalkan kami, tidak jauh bezanya..jenazah mama masih mengeluarkan peluh serta berseri-seri walaupun ke-esokan harinya baru dikebumikan ..kisah lanjut di sini ..Janji Allah, bagi sesiapa yang berjuang di jalanNya pasti ada imbuhan disediakan. Di dunia pun telah ditunjukan. Subhanallah..Tidak banyak, paling tidak mencuba ke arah itu. InsyaAllah..

Membuatkan hati aku terkenangkan apakah nasib aku bila saat itu datang memanggil.(naik lagi sekali bulu roma ni..) Ya Allah Kau kasihani lah kami, Kau limpahkan RahmatMu kepada kami supaya kami sentiasa dalam landasanMu. Ameen...

Wednesday, November 13, 2013

She is 1


9hb yang lalu, genap umur puteri kami Ilmi Noura setahun. Kejap je kan, pejam celik tukar musim 4 kali. Tau-tau mek tu dah umur setahun. Yup, time flies when you have lots of fun. Jadi di hari sabtu nan indah (indah ler walaupun hujan the whole day). Mama dia pun bersiap2 kan cik IN kekonon mcm ada majlis mega birthday bash. Disebabkan abah IN anti-establishment maka birthday party cik IN hanya dihadiri oleh 5 org (tuan diri, abah, mama, abang MH and anyah). Takper la ye dik, esok-esok awak dah besar skeet dan appreciate sket, leh laa kita buat majlis doa selamat dan panggil saudara mara dan kenalan yer...

 Me and my big brother...

Cake saya dan cupcake abang saya

Tengah usha present

Adik dapat present, abang pun dapat juga.





Alhamdulillah, Thanks Allah for all His Blessings.
May Ilmi Noura grows healthy and becoming solehah. 
We love u so much..Muaaahhh!!

Thursday, November 7, 2013

Pantai....

Al-kisahnya...entry ni mmg terbengkalai lamanya. Dah nak masuk winter baru nak dimuat turun. Kalau buat tapai, mmg dah jadi air tuak kan. Hehehe. Tetiba mai mood nak berpantaian walaupun pantai kat sini 100 kali x cun macam pantai kat Malaysia. Tapi tetap indah, bila ada unsur-unsur air, tanah n awan...Subhanallah, awan hari tu sangat-sangat indah mcm kena tiup kepul-kepul jer. Angin lak mmg kuat x hengat, senget2 tudung den..hehehe...

Earth, wind and fire (tapi xde fire dalam kisah nie). Ingat-ingat lupa aku, those photos were taken on our journey to Brighton. Nama tempatnya Littlehampton, adik beradik kepada Southampton dan teh lipton kot. Tapi leh cakap sepupu cik Ton..hahaha..sah merepek lepas pekena Bubble tea gelas besar perisa honeydew. kuikuikui...
























Gambar mcm pagar penjara tu...sbb aku nak amik tanda nama tempat ni. Bantai jer laa kan..janji ada. Duduk belah south UK ni untung sket dari segi nak menapak ke pantai mmg xde la jauh sgt nak mencari. Bezanya pantai yg ada pantai. Jenis pasir ke batu ke bezanya. Macam tempat kami Southampton tu, nama dok tepi laut (mmg tepi laut pun) tapi xde pantai. Boleh macam tu? sebabnya Southampton tu main port kat UK, macam Pelabuhan Klang gitu. Tempat org nak naik cruise ship mewah (titanic maiden journey started from here), segala barang-barang nak punggah dari commercial ships pun kat sini gak..Jadi mmg xde pantai.

Kalau rajin drive jauh skeet ke Bournemouth, leh dpt pantai yg kira anatra pantai tercun kat UK.Pasir halus mcm kat Malaysia tu. Wpun x secun n halus pasir kat Pulau Redang or Pulau Perhentian. Tapi kira ok laa.Esok-esok nnt, aku citer laa pasal Bournemouth kampung aku ke-2 tu yer...oraitsss...mau pulang dulu..Daaaa