Sunday, December 29, 2013

Setapak ke depan..

Phewww....Salam semua....lama gak blog ni 'ditinggal'kan kesepian.Hehehe, blamed it on piles and piles of work awaited. Alhamdulillah, one hurdle passed but yet a long way to go. Officially aku bergelar student balik. Student tua laaa tapinya.hehehe....Jadi settle sudah bab upgrading, sekarang kena fokus balik utk next step. Malas nak kecoh2 sebab bukan benda wajib pun. Jadi balik student sebagai menyahut seruan diri sendiri. Boleh x macam tu?? hehehe...bila nak habis...hohoho..usah ditanya soalan cepu emas itu. I don't have the solid answer. So kawan-kawan tolong doakan saya ye. Moga dipermudahkan perjalanan pembelajaran saya sehingga ke penghujungnya. Ameen....

Lama betul kali ni aku bercuti. Kiranya dari seminggu sebelum Xmas break, kami semua dah pi berjalan-jalan nun jauh ke utara UK. Citernya? next entry aku kabo kan ye. Sebab masih dalam mood malas dan cuti-cuti lepak kat rumah. Sini cuti Xmas sambung sekali dgn New Year mcm kita cuti Eid Fitri sampai dkt 2 weeks. Kedai2 pun baru je buka. Oraits adios amigos...

Wednesday, December 11, 2013

Punya lah lama...

Benda alah ni aku rasa, rata-rata rumah ada kecuali rumah kitorng. Sebabnya mula-mula dulu rasa mcm x berapa nak perlu dan masih rajin lagi nak menapak ke dobi.Sebab ingatkan bill letrik akan melambung. Rupa-rupanya, tidak benar sama sekali.Huhuhu..ini ler akibat x buat research betul-betul. Main agak sendiri. Benda alah ni dah beli dekat tiga bulan sebenarnya. Hehehe..selepas masing-masing dah fed up n letih nak bergilir dan mengusung baju-baju g dobi..Haissshh...nak balik baru teragak nak beli. Orang kata, better late than never kan ...hehehe..





Taraaaa........maka terbeli laa sebiji dryer...juling gak ler bila tengok harga dryer kat kedai dan mall. Tak sangka laa harga sebegitu rupanya. HUhu..dan baru belajar yang rupanya ada gred-gred benda alah ini dalam penjimatan elektrik. Bagi yang betul-betul jimat, Gred A dan x berapa nak jimat dalam Gred C. Jadi yang kami punya Gred B. Kira kategori sederhana jimat. Dan berat muatan adalah 9kg. 




Dan namanya rezeki. Dalam 2-3 hari dok buat research pasal dryer nie keluar masuk kedai and website search bagai. Di tengah malam nan idah sebelum esoknya nak gi Curry's. Tetiba tergerak hati nak usha kat e-bay. Pergh masa tu terangkat sket muntot bila tengok benda alah ni mula bid 150 pound. and as good as new. Nekad dan tawakal, cik abang suruh je bid. Tinggal 7 minit je before the biding time ended. Alhamdulillah, dah nama rezeki. Berjaya mendapat dryer ni dlm harga yang amat2 murah 155 je. kira 1/3 dari harga atas kedai. 




Bila benda alah ni dah sampai rumah (my abang g amik kat rumah org tu). Memang nampak sangat baru. Serious macam x percaya. KOt laa kan sebab dalam ebay kan ada macam-macam seller. Rupa-rupanya previous owner belikan utk isteri dia. Tapi sebabkan banyak buttons, isteri dia gabra dan prefer sidai kat luar je (veteran couple)..Huhuhu...jadi pakai pun sekali jer. Alhamdulillah...Lega pun lega, sebab lepas ni x perlu gaduh-gaduh dah sapa nak g hantar baju ke dobi.hehehehe

Tuesday, December 10, 2013

Jeng jeng jeng...Brioche in the house!!






Oh ye..lepas je ada breadmaker, semangat utk membuat home made bread agak membara (harap bukan jadi hangat tahi ayam..hehe) Jadi almost every week, cik breadmaker akan menghasilkan paling tidak sebuku roti utk ahli rumah. Jadi kali ni nak cuba buat brioche pula. Roti yang berasal dari France yang rasa lemak manis gitu. Yummeeehhhhh!!!
Lupa nak snap bahan-bahan sebelum kena uli. Antara bahannya tepung, yeast, susu, telur, gula dan garam sahaja. Easy peasy kan rupanya nak buat brioche ni..Jadi kalau kakcik suka manis-manis gotu. Sila lah tambah gula mengikut kesukaan. 
Ahaaa....ini selepas segala bahan-bahan diuli dan yeast tengah nak mengembang. 






Setting jangan tak setting. Kali ni aku buat utk 500gm roti instead of 1kg. Aritu buat 1kg bread. Makk aiii roti naik mengembang sampai terkeluar-keluar dari basket tu. Huhuhu...besar sangat sampai x larat nak perabih...





Dah semakin mengembang cik intan payung nie...


Selepas 3 jam 15 minit...Taraaaa....terhasillah home made brioche...



 
Selepas bagi segala wap kuar, after 1/2 hour boleh laa brioche itu dipotong (x sempat nak beli pisau pemotong roti lagi, jadi abaikan hasil keras tangan I yang senget benget itu yer). Sedap dimakan bertemankan teh susu di waktu sejuk-sejuk mcm skrg nie...Yumyum...jemput makan semua....