Monday, January 27, 2014

Few years ago....

Haaa...comel x baby yang tengah posing baik punya..siap berjejer lagi air liur tu.Sapa x sokong, amik 20sen...g main jauh ^_^ Cer teka siapakah baby chohmel itu? Nak tahu sapa?? I ler tu...kwang kwang kwang...masa ni mama cakap umur 5 bulan kot...



Haaa...ni awek chohmel mana pulak ni? hahaha...kot sapa nak tolong jawab, kasi angkat tangan tinggi-tinggi...ni ler baby yang telah membesar bagai johan tadi. Cun kan..hahaha...



Baby chohmel yang telah membesar dgn jayanya tu lepak depan rumah kelahiran dgn 2 insan yang amat amat amat istimewa. Kot dulu bukan hotel ye kawan-kawan. Sekarang rumah tu dah jadi hotel sebab location wise yang sangat strategik. Betul-betul mengadap laut. Tapi last month, tempat yg kami dok duduk tu..habis kena sapu dgn ombak...mmg togel depan tu...mujur je ombak x sempat sampai depan bangunan biru tu...



Ahaks...lagi gambar budak chohmel dgn mama kesayangan beliau..Kat sini ler kami punya 1st date eye to eye..body to body..kot na sambung lagi mcm bunyi lain macam je kan..hehehe....chohmel x I? mesti la kan...tengok ler mama I yg chomel tu...sweet je...(hahaha....xleh blah...naik lif tekan butang...tekan sampai habis tingkat)...tolong kasi chance kat I utk hari ni...hikhkhik


Birthday gal dan family tersayang...suami yg very loving...anak-anak yang cheeky lagi quirky....

Ya Allah...aku sangat bersyukur dengan segala Nikmat yang Engkau kurniakan. Moga aku dan semua yang aku sayangi sentiasa dalam RahmatMu Ya Allah....Di berikan lagi peluang untuk bernafas di atas muka bumi Mu lagi...

Happy birthday to Meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...yeahhh....6 tahun menyambut di sini....Thanks to dear families and friends for lovely wishes and doa..You' ve really made my day...Thought that counts...

Wednesday, January 15, 2014

Mata panda ku

salam semua....oh hari ni I nak cakap pasal mata hitam ku..kot mula tahun ni nak jd mcm ayu2 gitu, I guna kata diri I la instead of aku..hahaha...maybe sebab dah rasa mcm ala2 dah matang skeet gitu. Awww...

Jadi semenjak jadi mom of two active kids ni. I rasa bila tengok mirror rasa mcm tengok panda especially tang mata tu. Tambah pulak kena mengadap lappy kurang2 5 jam sehari dok membaca journal articles. Maka terhasillah hitam mata pandaku ini. Oppss...walaupun factor usia juga turut menyumbang kepada fenomena itu. Tapi banyak kepada sleepless nights utk cinta hati I tu. No qualm about it coz they are gifts of our life.

Jadi, sebabkan rasa mcm x mampu nak memakai products SKII, crème de la mer dan adik beradik mereka itu..Selain penggunaan products yg biasa2 mcm Clinique etc pun x berapa nak berkesan. Jadi back to natural nampaknya. Maka ini lah salah satu caranya. Trimas cik cucumber...ada masa aku letak tea begs..benda ni kena sabar, buat 2-3 kali n uols nak instant result. X dapek ler mcm tu. Jadi kena RAJIN nampaknya. So esok2 kot I rajin, I amik gambar sebelum..n selepas. Haaa sebiji mcm iklan-iklan kecantikan itu ;)


Utk tips2 yang lain..Uols boleh follow link ni Mata Cantik. I pun tengah mode rajin ni ha..Nanti kita pakat2 tengok hasilnya ye...Selamat mencuba....

Tuesday, January 14, 2014

Hasil MH


Ni Muhammad's creation masa dia sebelum dia masuk EYC. He was 2 1/2 years that time.


Bracelet for his mama in September, 2013. He made it with helps from his teacher at pre-school. He was so proud with his creation that he made me wore them everyday!!! Interestingly, those beads glow in the dark.


Muhamad's wall of fame. Tiap kali buat craft or drawing, akan ditepek di sini...some of it, I have already removed sbb tersangat ler berserabut.hohoho...kot mana yg dah lama, dia x perasan. Hehehe..and some of them, were removed by cik Ilmi. Courtesy from his little sister..pastu pakat gaduh.heheh


He loves car very much and keeps on drawing them whenever he can. Once he is done with his drawing, he will write down his initial HM.
 
May you become anak soleh, success in dunnia' and akhirat,  and grows healthy

Monday, January 6, 2014

4 hari tanpanya...

Salam isnin semua....

4 hari tanpanya??? Yeeeaaayyyy!!! apakah itu?? bunyi mcm gempak je kan. Sebenarnya, takde mende sangat bagi korang, tapi bagi aku. Rasanya stepping stone kot ke arah mendapatkan kembali 'kebebasan' minda.hahaha, pening x ayat2 aku ni? Bukan apa, lately aku rasa addiction aku agak melampau gak sampaikan x renggang dgn hp aku tu. Huhuhu tahap kronik gak ler sampaikan aku g toilet pun bawa! Kegilaan apakah itu. Jadi kekonon 2014 resolusi, aku telah menceraikan talak satu dgn girlfriend aku cik FB.hahaha...bagi memberi ruang kepada diri memasing mencari identity diri sendiri.

Teruk sungguh penyakit ketagih aku tu. Jadi, bila dah 4 hari tanpanya ni, aku rasa macam tetiba dunia ni berbeza dan rasa aman jer. Hahaha..Ye la, xde aku nak tengok atau tau, orang tu gi mana, diorang tengah makan ketam besar penumbuk masak cili, atau diorng tengah bersiap-siap nak g parti ke, baru beli TV besau 80 inchi ke....x perlu aku nak baca link-link yang cerita pasal pembunuhan, penderaan budak kat taska, kisah-kisah yang boleh bikin kepala pening. Geng selfie pun satu hal gak. sikit-sikit selfie sudah ler. Ini selfie memanjang. KOt mcm kak tipah sorang je ke yang ada fb account. Letih gak ler kan.. (pesal ko x block je? ada orang Tanya.Macam kecian laa jugak)

Selain dok baca pelbagai jenis tazkirah yang ada masa x tau betul ke x sumbernya itu. Jenis main copy paste je set set ni. Bukan x suka, tapi ada sesetengah orang ni buat wall fb dia mcm pentas nak 'menunjukkan' kealiman (opsss...berbaik sangka please...bagitau  kat orang  yang dia dkt masjid, dok tengah solat tahajjud..sambil mencurah-curah airmata itu..Ohhh sangat lah drama...sambil tu tagline- peringatan utk diri sendiri). Aku rasa x salah nak buat mcm tu kalau sekali-sekala. Tapi kalau dah tiap kali hapdet..itu jer..bukankah itu ciri-ciri 'Ujub atau riak dlm bahasa melayu. Aku tahu ko alim, aku tahu ko nak menasihatkan orang lain. Tapi at one point, x perlu nak riuh satu FB apa ko buat tengah-tengah malam. Biarlah itu antara ko dengan Allah. Please keep it to yourself ya. Kang x pasal-pasal hilang semua pahala tu.Huhuhu...

Aku pun x nafikan, aku pun bukan baik sangat pun. Dok buat gak letak gambar makan-makan, jalan-jalan etc. Tapi orang cakap, biar bersederhana. Jangan sampai orang rasa bohsan dgn kita. Ada kot orang bohsan dgn aku?? hahaha..

Jadi till today, aku Berjaya x jengok account FB aku tu. Rindu oh rindu, tapi ku tahankan jua isi hati yang meronta-ronta ni. Sampai bila nak menahan kerinduaan ni? Hmmmm...ada cadangan, during weekend aku on la kejap dalam sejam dua. During weekdays, rasanya tengok lah sampai aku leh kawal addiction aku ni. Esok-esok leh aku buka balik mcm biasa. Serious x tipu. FB 'berhantu'. Huhuhu...till then..gua mau sambung kelija. Wassalam

Thursday, January 2, 2014

Hujung tanah utara UK

Salam 2014 semua,

Mesti ramai ibu-ibu dan bapa-bapa yang tengah kalut temankan anak-anak masuk sekolah/tadika terutamanya bagi anak-anak yang baru nak masuk darjah satu. Kekalutan pasti ada di situ kan. Aku punya turn lagi 3 tahun, InsyaAllah. Buat masa ni, Muhammad baru je masuk pre-school jer pun. Sebab lama sangat bercuti dan tengok mak apak syiok2 lepak kat rumah. Hari ni, MH buat hal sket ala-ala manja nangis bila hantar ke EYC (Early year centre). Mujur hari ni my abang masih bercuti, jadi lepas stay jap 5 minit aku pun cakap tatata sebab nak kena masuk balik library. Uni pun masih lengang sebab ramai student yang masih syiok bercuti lagi.Lama sungguh cuti!! hehehe..aku pun dah sampai naik lebam dok rumah n lepak plus berat pun leh tahan naik mencanak-canak sebab cuti dkt 3 weeks. Makan tido makan tido je laa kejenya.Huhuhu..

Aisehh, jauh sungguh aku melalut. Asal nak citer pasal hujung Tanah utara UK.


Tempat ni kira paling hujung UK sekali belah utara (Scotland), nama tempat ni John O'Groat. Mengambil nama sempena orang lama kurun ke 14 lagi yang mulakan perkhidmatan ferry dari situ ke pulau nama Orkney (walaupun ikut logic, pulau tu patut yang paling hujung. Tapi diorng kira dari segi kedudukan Tanah besar UK secara keseluruhan). Ni aku dapat info dari Wikipedia pun. Hehehe. Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut, leh klik kat sini ye. Cik Wikipedia leh bagi penerangan dengan jelas lagi ;)

Apa yang menarik kat sini? selain dari tiang wajib yang tourists suka amik tu (termasuk ler aku n family ler tu kan) Sila abaikan aksi cik Ilmi yang masih x berapa reti nak terima instruction pandang camera itu. Antara lain ialah, pemandangan cantik mengadap laut, plus angin x sepoi-sepoi bahasa tu sampai senget2 la tudung cun aku tu. Kicauan seagulls yang agak brutal serta tak makan saman (otai gak lak diorng ni..xleh suka hati bagi makanan, kang diorng g patuk-patuk kita).Ohhh ada 2 ekor seals yang comel, x dapat nak snape gambar sebang diorng suka main aci sembunyi dalam air dkt tempat nelayan letak boat diorng.


Oh ada sederet rumah kaler-kaler yang ceria!! tapi aku x sure sama ada berpenghuni atau tidak. Tapi pastinya comel mcm aku jugak..hehehe. Ada la seketul dua kedai yang jual souviners. Leh la kot nak beli fridge magnet barang seketul dua buat kenangan menconfirmkan yg ko dah jejak sini. Dan ada juga facilities mcm toilets tu semua dan few coffee shops buat melepak minum kopi secawan dua.


 
Masa kami sampai tu dah nak dekat jam 2 petang. Memang agak suspend, sebab mcm deserted area je. Lenggang yang amat. Kot parking tu ada 2-3 biji keter je. Kot nak main bola pun boleh laa. Jadi lepas snap few photos (few ke? hehehe). Salin diaper cik Ilmi kita tu. Lepak jap kat satu café tu, layan ice cream dalam sejuk kejung tu. Agaklah mencari penyakit jugak sebab sejuk -sejuk pun nak bantai eskrem feeling ala-ala omputih. Shopkeeper tu bgtau yang suasana lenggang mcm pekan koboi hantu ni is totally different during summer time. Tahap nak parking pun xde space!!



Lepas dah puas hati lawat kawasan. Maka kami bertolak balik ke Torran Cottage, dalam 3 jam suku gak. Walhal sebenarnya jarak dari Drumnadrochit (tepi Loch Ness) ke John O'Groat hanya 101 miles. Tapi ikut jalan kampong (mana ada highway bai kat atas nun unless kat big city). Jadi xleh nak speeding ikut suka ati takut jatuh dalam Loch!! Jalan leh tahan menggerikan jugak ler terutama bila lalu high cliff, mak aiii aku yang memang gayat dgn ketinggian rasa seriau jer. Tambah dengan angin yang bisa menggoncangkan kereta itu. Especially bila dah makin dekat dgn John O'Groat, aku punya turn to drive sbb my abang sleepy tahap gaban. Walaupun x setinggi dan segayat driving kat highway perjalanan dari Malaga ke Granada aritu. Tapi tetap laa gayat kan. Doa banyak-banyak dalam hati je..Silap je memang ke laut le jawabnya xde nak sangkut kat pokok ke apa. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang jugak. Walau pun ponek, tapi hati pueh.

Maka, another wish list UK version dah leh strike out. We made it to Land's End and John O' Groat. Yeah!! Walaupun amik masa 3 tahun dari last visit ke Land's End. I am totally delighted and excited as well that my dream came true. Lengkap sudah satu pusingan UK hujung sinin ke hujung sinun.Alhamdulillah. Leh la balik Malaysia kot ;)