Thursday, February 27, 2014

Day 15 and today Day 16

 
 
Day 16- Today
 
tadaaa...apakah ini? adakah I sedang mengasah cooking skills? atau adakah ini ruangan mari melihat dapur saya. Semuanya tidak sama sekali. Ni bukan dapur rumah I. N bukan I yang tengah memasak tu. Hari ni dpt lunch invitation kat rumah opismate I tercayang cik Asma'. Yeayyy...beliau dgn gigihnya telah memasak ayam masak merah dgn sayur yang sgt yummy itu...
Sambil borak-borak dgn Arina...tapi time dah siap x sempat nak snap sbb masing-masing kelaparan...bestkan!!
 
 
 
Day 15- semalam
 
ooh ini view dari meja n kerusi I kat library. Sebenarnya membelakangi. Hajat awal nak snap cuaca pagi yg sgt sunny. Sampai lupa yang it was below 10 celcius. Yet, the sun came out and made it felt like summer.Huhuhu...
Petang tu dah mula gerimis sket2...apa-apa pun tetap menceriakan. Alhamdulillah
 
 have a great day people...smiles as always...
 


Wednesday, February 26, 2014

Day 14 - We love music.....


Semalam dah petang, bawa kanak-kanak riang ni kuar amik angin. MH pun x pergi sekolah sebab demam. Angah pun demam. Syukur adik MH masih gagah lagi. Jadi tempat yg tertutup dan FOC selain dari IKEA, adalah MOthercare. Nak main kat playground. Cuaca sangat la sejuk..Hehehe.. sabo je laa kan. Mak n ayah bawa g main2 free kat situ. Kot dah beli toys berlambak pun, last2 g panjat tingkap, g punggah Tupperware mama dia. Adoii...jadi, adalah bernas sekali bawa mereka ini main2 toys lain. Jadi dlm 1/2 tu, angkut diorng masuk Tesco pulak. Usha toys kat sana.Hehehe..Kat sana, diorng mmg selamba je display toys mcm tu while the parents do the shopping, bebudak ni boleh laa main kat play corner. Another happy day!!

Monday, February 24, 2014

Day 13: 100happydays

 
 
Tarraaaa....akhirnya selepas beberapa kali combo..dapat gak buat day yg betul day. Today is Day 13.
Hari ini punya keseronokan ialah buy 1 get 1 freeeeeeeeee...Special promo for today only.
Maka kena lah I menghabiskan 2 sekaligus. Ke toilet lah Nampaknya selepas ini.Hehehe..Ajak few friends tapi memasing ada hal. Kalo x leh share cost. Takpe lah, I sorang-sorang je la nampaknya hari ni. 

Another combo for 100happydays: Day 10- Day 12


 
Day 12 (Sunday)
 
Awek cun dgn baby boy tu one of my closest friends dkt sini. Ups and downs banyak yang dishare sama-sama. Yaya dgn her handsome baby boy Qi. Diorng buat makan-makan sempena birthday papa Qi. Selain kawan-kawan yang lain, kami pun turut dipanggil untuk memeriahkan majlis. Great food, great companies and great sunday afternoon...
 
 
 
Day 11 Part 1 (Sabtu)
 
Sebab cuaca sgt sunny (walaupun sejuk gak sebenarnya) selain dari dh berjanji dgn our little hero nak bagi makan itik, swan dan sewaktu dengannya. Maka,
dlm kul 11 pagi tu. Kami bergerak ke nearest conservation area. Terkejut gak sebab patut belakang kami tu laluan pedestrian yang tenggelam dek hujan yang tiap-tiap hari mengalahkan Malaysia tu.
Jadi, Muhammad dapat fed swans and birds pakai roti seposen n lima sen tu.
Suka yang amat mamat tu tu!!! Si adik kerja nak lari masuk dalam air. Haissshhh...
 
 
Day 11 Part 2
 
Haaa...ni apa kes beli handbag makcik Cath banyak-banyak ni?? ni namanya stress therapy. Walaupun bukan beli utk diri sendiri, tapi dapat 'membeli' untuk org lain pun dah dikira kepuasan tersendiri. Petang tu, gerak ke Portsmouth dgn tujuan memborong...Hahaha...ni semua order orang. So sapa-sapa yang ada nak order dgn I, sila PM I yer...I masih lagi buka order untuk barang-barang dari UK. Lai lai lai lai...kasi harga best punya...
 
 
 
Day 10 (Jumaat)
 
Treng treng treng....cer teka kaki siapakah ini????
kecik kenit jer tuan punya kaki ni kan....
MIss Ilmi....Yeahhh...kebiasaan 10pm feeding, I selalunya akan tukar diapers and bf si kecik ni. Kejap je kaki dah panjang. Kejap x kejap dah 14 bulan dah Michiko ni...Sob sob sob..dah x berapa nak baby sgt...I will miss the 'smelly' feet ni...Hobi I mcm pelik skett...tiap kali kalau lepas tukar diaper si kecik ni dan juga abang dia masa kecik-kecik gak..lepas urut2 kaki betis dgn minyak telon n baca selawat syifa'..mesti nak cium tapak kaki..hehehe...korang mcm tu gak ker? addictive smell..huwaaahahaha...
tapi kena buat masa diorng mamai..kalau buat waktu Ilmi ni tengah sedar...mau dia tolak-tolak...adoiiii
 
 
 
 
 
 


Friday, February 21, 2014

Combo Day8, Day 9 and Day 10: #100happydays

Alahai...nampaknya nak update tiap-tiap hari mcm x berapa nak Berjaya..Hohoho...ada je halangan dan rintangan yang mendatang x pun terdatang-dating. Wujud ke perkataan tu? hehehe...Hentam saja laa labu...janji ko jumpa labi...


Jadi kena laa jadi combo gak utk 3 hari ni...Selasa, Rabu and Khamis....3 in 1..

 
Day 8 (Part 1)
 
Haaa...siap ada part lagi kan utk Day 8. Bukan apa dlm sehari tu ada spent quality time secara individual dengan hero and heroin I tu..Jadi Part 1 ni, kisah I bawa MH g local library yang x sampai 5 minit berjalan kaki dari rumah kami. Kebiasaan every month pergi pinjam buku. Tapi kot mak ayah kekonon bz (bz laa sangat). Jadi dkt 3 months dah buku-buku x dipulangkan dan x berpinjam.
Jadi sebabkan masalah teknikal, I tertinggal charger lappy kat rumah. I decided to call it a day off...Yeayyy..sebab tgh tu nak kena Part 2 pulak....
Jadi MH sangat le happy dapat g library dgn mama dia...Me too..dpt jalan2 dgn MH kat Portswood. After we borrowed 5 books, we went looking for his mug.
Janji dgn dia, kalau dia dah x minum susu botol pagi2, I will buy him special mug. Jadi kuar masuk kedai. At last, ada mug yg berkenan di hatinya..
 
 
Day 8 (Part 2)
 
Tadaaaaa....ikut kena letak 1 gambar je tiap hari..Ada I kisah..hehehe, as long as I am happy. I just do it my way. Kan...Jadi lepas spent quality time dgn my little hero. It was Ilmi's time. Kena bawa dia g jumpa paed sbb kena refer dgn gp pasal kaki dia yg sedikit bengkok..Suka dtg sepital ni bukan apa, sgt child friendly. While waiting for the specialist, we spent time playing at the play area.
Siap ada flat screen tv tayang citer Shrek. Toys pun bersepah-sepah.
Happy sebab specialist cakap, nothing is wrong with her leg. Alhamdulillah..
Another happy day with the love ones.
 
 
 
Day 9
 
Menarik x gambar kat atas tu? haaaa...jangan x tau hari ke 9 tu. I ada buat jualan makan-makan tau kat sini. Ehem ehem ehem...nasi putih, ayam goring berempah, pajeri nenas, sambal belacan n ulam...Alhamdulillah, ad ayang sudi membeli. (tu yang x sempat nak hapdate tu...hehehe..sibuk meniaga)
 
 
 
 
Day 10
 
Roti 10 sen? Roti 5 sen?? seriously?? haaaa jangan terkejut...ini betul-betul. Pergi ASDA (mcm ala2 Tesco gitu) nak g amik ubat utk Muhammad..dah nak kuar dari ASDA, tetiba ada announcement kata jualan roti seposen.
Jadi, masuk balik la I ngan my abang. yang kecik tu besar mcm size gardenia tu..amik 2 ketul (satu 5 sen). Yang 10 sen tu...mmg bapak gedabak.
Sebab murah, lagi 2 hari nak expired. 2 hari lagi...jadi sempat ler nak cicah2..
KOt x sempat habis...leh bawa bagi kat swans n ducks kat lake.
Kenduri diorng..Alhamdulillah...
 
 

Tuesday, February 18, 2014

Day 7: #100happydays



Huwaaaa....I am the little monster...Budak kecik a.k.a Michiko ni sgt cheeky. Abang dia panggil Ilmi "Tokak"...sapa tau apa maksud tokak?? Ni berguru dgn Mak Ngah diorng la ni..kalau bahasa utara/Kedah..Tokak means gigit/bite..Lately, Ilmi ni nak tumbuh gigi geraham. Jadi dia gatal gusi. Asal boleh je semua benda dia nak 'tokak' termasuk le abang dia bila time 'wrestling' terutamanya.
Jadi nak kasi ayu sket arini, Mak Ngah pakaikan cik Ilmi dress...hehehe..tp x menghalang Ilmi dari naik turun tangga depan umah tu smpai Mak Ngah terjerit2 suruh turun..hehehe...a lovely face to look at before me..going out to office....Gambar ni je yang dpt snap, yang lain blur sebab suka sgt nak lari merata!!
 
Moga Miss Ilmi Noura membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah yang Berjaya dunia dan akhirat..Ameen..Mama heart you so much..muaaaahhhh!!!!!!

Day4, 5 and 6: #100happydays

Berjaya nak update daily sampai hari ke-3 je, sebab bila masuk weekend. Memang xde kesempatan I nak duduk santai-santai depan laptop tanpa ada yang terjun,tarik kaki dan sebagainya...jadi kira combo meals la ni masuk semua sekali 3 hari sekaligus. Aci ka? hehehe..boleh laa kan...

 
Day 4
 
Hari Sabtu nan indah bila dapat bersarapan cucur ketayap ni...
kot kat Malaysia, leh cari kat gerai Makcik Timah ke Makcik Leha...
tapi kat sini..kalau nak..haruslah D.I.Y ohkehh.....Yummeehhhhh!!!
 
 
 
Day 5
 
Seronok hari ni sebab x yah nak pikir pasal dinner, ada jemputan dari geng Soton sempena
house warming diorng. Jadi lupa dok sembang dgn kaum wanita. Dok riuh-riuh bagai cerita macam-macam. Makanan pun sodap-sodap belaka dari nasi minyak, bihun, kuih keria sampai le fruits. Laju je bab makan. Jadi mmg x sempat snap sebab semua dah duduk dlm perut.hehehe.
Jadi dapat snap Muhammad dgn rakan sebaya dia. Most of them are his school mates.
From left, Miss Eva, Arissa, Athirah, MH and Irshad...
 
 
 
Day 6
 
Aci x letak gambar ni??? semalam dok sembang dgn my youngest sister Syahirah a.k.a Mekyah..
Al-Fatihah for our beloved mom...
Almost everyday we talk. Thanks to technology.
But yesterday, she made my day.
Love you sista!!!
 
 
Jadi....selesai 3 hari sekaligus...hehehe..semalam pun tak sempat.Kalut dan x tau apa yang kalut nyer tu..Happy day people!!
 
 


Friday, February 14, 2014

Day3 : #100happydays


3 wajah kesayangan hamba di waktu pagi yang sangat chaotic..but surely I will miss this moment when both of them grow up and no longer clinging to us. Abah diorang kalut nak breakfast, tapi nak gak menyelit. Sorang suka buat muka duck face and saje je bila nak amik gambar..Sorang suka makan. Apa saja org makan depan dia, mesti dia nak paw. We had a very sedap bihun goreng for breakfast. Alhamdulillah....While waiting for me to siap2, abah diorang layankan je suap bebudak ni sebelum gerak g keje. This morning, ada orang tolong hantar I g opis..Yehoooo.....

Thursday, February 13, 2014

Day 2: #100happydays


Hari ni hantar budak cheeky ni naik bus....mulut pot pet x henti sampai le masuk kelas dia...hahaha...for your info, he is an avid fan of transportation. Termasuk ler bus...While waiting for the bus, we had mom and son bonding moment. Haissh...dulu kecik coet je..sekarang dia nak jadi budak besar. Walaupun agak manja, tapi Muhammad anak yang prihatin dan sgt concern kalau tengok I unhappy. Mesti dia akan sebaik mungkin cuba menceriakan I ...Harap sampai ke besar la MH x segan nak manja n jalan-jalan dgn mama dia...Mama doakan Muhammad yang terbaik..Berjaya dunia dan akhirat....
Luv ya munckin!!!!

Wednesday, February 12, 2014

Day 1: #100happydays

Assalamualaikum & salam sejahtera kawan-kawan :)

agak lama gak I menyepikan diri...bukan merajuk eh ..cuma kalut mcm2 benda nak settle n nak kena sort out. Jadi I came across this 'thingy' from my second cousin's fb. Macam menarik je. At least I can write or put down something in my blog everyday. So, I think about it and will give it a try. Walaupun rasa mcm happy je hari-hari.hehehe... Dia punya cara mcm gini:

(copy paste directly from the link. Click here )

How? Plain simple!
every day submit a picture of what made you happy! 
It can be anything from a meet-up with a friend to a very tasty cake in the nearby coffee place, from a feeling of being at home after a hard day to a favor you didto a stranger. 

#100happyday challenge is for you - not for anyone else.
It is not a happiness competition or a showing off contest. If you try to please / make others jealous via your pictures - you lose without even starting. Same goes for cheating.
 
ikut orang tu...kena letak kat insta, fb, twitter bagai...tp rasa mcm malas nak letak kat fb...kang org Lebam lak...jadi blog je laa jadi pilihan sbb mcm x ramai crowd sgt..Malu I...hehehe...

Day 1:


Show me the moneeeyyyhh!!! Apa kes ni nak tunjuk kat org ke yg I ada duit...kisahnya..dah 2 hari dok pening kepala kat mana ler I letak duit ni. Habis 'kemas' satu rumah..Nak beli ayam pun tertangguh sat...This morning, I  found it in my jacket. Aduh...Lega n syukur sangat2. Alhamdulillah...lepas ni jom g beli ayam n daging...tadaaaa......