Dahulu lain, sekarang lain................
Dahulu kalau bermain di luar dengan kawan-kawan selepas waktu sekolah adalah biasa....
Sekarang, kalau hendak bermain keluar ibu bapa akan merasa sedikit gundah..
Dahulu, adalah normal pergi dan balik sekolah berjalan kaki bersama kawan-kawan walaupun jauh berkilometer...
Sekarang, adalah sangat luar biasa dibuat orang kerana pergi dan pulang ke sekolah berhantar dan berambil hatta rumah tak sampai 1 200 langkah..
Dahulu, pergi ke sekolah dengan rasa riang kerana di sekolah tempat bermain selain belajar bersama dengan kawan-kawan..
Sekarang, pergi ke sekolah adalah untuk belajar dan pulang rumah juga pembelajaran berterusan hingga ke malam di tempat-tempat tuisyen...
Dahulu, tadika adalah tempat untuk membiasakan diri dengan persekolahan tapi dalam suasana santai dan lebih kepada bermain dan membina keyakinan diri..
Sekarang, tadika seumpama 'pusat tuisyen' sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan kelas bagi tahap darjah satu....
Dahulu, UPSR sekadar satu penanda untuk melangkah ke alam sekolah menengah dan tidak mendapat semua As bukanlah satu masalah besar bagi masyarakat...
Sekarang, UPSR petanda besar keintelektualan sesebuah keluarga dalam status masyarakat supaya dapat dipaparkan di dada FB untuk tatapan umum....
Begitu tingginya masyarakat telah meletakkan 'prestij' dalam setiap kejayaan sesebuah keluarga
berskalakan pencapaian keputusan peperiksaan..
Dahulu dan sekarang.....aku pilih yang dahulu...
Zaman kanak-kanak yang sangat indah dan penuh dengan kenangan indah...
Terima kasih sistem pendidikan terdahulu yang memberikan aku peluang
untuk belajar dalam keadaan yang santai tapi penuh bermakna...
Apakah nasib anak-anak aku di masa akan datang??
Adakah masih berpeluang bermain sambil belajar??
Berpeluang lagikah mereka untuk berjalan di tempat awam tanpa kawalan ketat
dari kami ibu bapa?
Mampukah mereka menghadapi masyarakat yang begitu jumud dan sangat memandang
kejayaan atas kertas sebagai skala kejayaan hidup???
Yang termampu ku lakukan...untuk memberikan hadiah 'childhood' seindah mungkin
seperti mana abah dan mama sediakan pada aku dulu...
InsyaAllah...
Cerdik tidak semestinya bijak..
Cantik tidak semestinya rupa paras...
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa........
Comments