Berkahwin....
Nampaknya kini semakin ramai pelajar ijazah sarjana muda yang gemar berkahwin awal, tidak kira di universiti tempatan mahupun di luar negeri. Jika zaman dahulu berkahwin awal merupakan sesuatu perkara yang biasa tetapi disebabkan perubahan zaman tetapi janggal pada masa kini. Tetapi nampaknya ‘trend’ berkahwin awal kini kembali semula, terutama di kalangan mereka yang masih menetap di universiti. Oelh yang demikian, mari kita lihat apakah factor-faktor yang menyebabkan sesetengah individu berkahwin awal.
1. jawapan yang paling mudah untuk diberikan sudah tentu kerana jodoh sudah sampai. tetapi mari kita melihat jawapan dari segi sudut lain, khususnya humanities dan sebagainya…
2. berkahwin awal bagi mengelakkan maksiat. oleh kerana pasangan yg sesuai sudah dijumpai pada usia yang masih awal, maka untuk mengelakkan maksiat, kahwinlah merupakan jalan penyeleisannya. ini biasanya berlaku di kalangan orang-orang yang alim yang sudah mempunyai buah hati yang betul-betul disayangi (iaitu orang yg kuat pada hukum agama)
3. kedua-dua pihak iaitu lelaki dan perempuan merasakan bahawa mereka telah cukup bersedia dah matang untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri dan bapa/ibu walaupun di usia yang masih muda
4. disebabkan pasangan yang dijumpai itu mempunyai ciri-ciri yang lengkap atau merupakan 'taste' yang diinginkan selama ini
5. kemungkinan yang lain juga mungkin pihak perempuan berasa risau jika anak dara mereka tidak berkahwin. jadi, memandangkan pasangan sudah dijumpai, maka lebih baiklah jika dikahwinkan sahaja.
6. ada juga yang khuatir jika pasangannya dikebas oleh orang lain. oleh itu, cara untuk menamatkan perasaan khuatir tersebut adalah dengan berkahwin awal
7. kemungkinan juga ada segelintir yang berkahwin awal ini kerana sudah tidak tahan untuk memuaskan 'nafsu' masing-masing. oleh itu, cara yang paling sesuai adalah berkahwin awal kerana dengan itu, perbuatan maksiat seperti berzina atau berkhalwat dapat dielakkan
Jadi, apakah kebaikan berkahwin awal? Antaranya ialah:
1. dapat mengelakkan daripada melakukan dosa maksiat seperti berzina dan berkhalwat
2. kepada pasangan yang belajar di luar negara, dapat menikmati ‘honeymoon’ dalam banyak tempat dengan kos yang lebih rendah
3. tidak perlu risau lagi sekiranya pasangan dikebas oleh orang lain
4. jika pasangan tersebut dikurniakan anak dengan awal, anak mereka sempat memasuki alam pekerjaan sebelum mereka pencen. Jadi tanggungan ketika sudah tua nanti mungkin lebih ringan
5. mendapat pahala lebih awal kerana telah menyempurnakan salah satu daripada tuntutan dalam islam.
6. dapat berseronok dengan pasangan hidup lebih awal secara halal walaupun pengajian di universiti masih belum tamat dan usia juga masih muda
Tetapi ada juga kekurangannya berkahwin awal ini. Antaranya:
1. sekiranya pasangan tersebut bercadang untuk mendapatkan anak sebaik sahaja berkahwin, kemungkinan anak yang dilahirkan mungkin ada banyak kekurangan. Ini kerana kualiti sperma seseorang lelaki masih berada jauh pada tahap optimum pada usia yang terlalu muda. Menurut kajian, sperma seseorang lelaki berada pada tahap optimum apabila umurnya mencapai 27 tahun dengan syarat kesihatan badan dijaga rapi
2. ketika dalam pengajian, kewangan memang tidak menjadi masalah kerana elaun dieprolehi setiap bulan. Tetapi setelah tamat pengajian nanti, memandangkan ada yang tidak ‘guarantee’ mendapat pekerjaan, sedikit masalah kewangan mungkin akan timbul jika tidak mendapat pekerjaan dalam jangkamasa tertentu
3. pelajaran mungkin sedikit terganggu sekiranya pasangan tersebut mendapat anak ketika dalam pengajian
4. hubungan dengan kawan-kawan baik mungkin renggang disebabkan masa banyak dihabiskan bersama pasangan masing-masing dan juga anak.
5. masa untuk ‘enjoy’ dan ‘relax’ bersama kawan-kawan ketika bujang dahulu semakin kurang.
6. kemungkinan salah seorang dari pasangan itu akan berjumpa dengan orang yang lebih baik atau yang dirasakan lebih sesuai pada masa akan datang untuk dijadikan pasangan hidup. Jadi timbul penyesalan dalam diri kerana berkahwin terlalu awal.
7. Kebarangkalian untuk bercerai mungkin lebih tinggi, disebabkan pasangan akan berasa bosan dengan awal, tekanan pelajaran, berasa sunyi daripada rakan sebaya dan kedudukan kewangan yang masih belum terjamin apabila tamat pengajian nanti
Walaubagaimanapun, semuanya adalah kuasa Allah.. Jadi, terpulanglah pada masing-masing bila hendak berkahwin…
Pengumuman:
Karangan di atas telah dikirimkan oleh salah seorng ahli KSoton ( keluarga Soton)...pandangan beliau..menarik perhatian saya...kerana....ada kebenarannya dari hujah2 yg beliau utarakan....walau bagaimanapun...masing2 punya pandangan dan pendapat yg berbeza......walaupun....saya agak kurang bersetuju dgn dgn beberapa hujah....tp saya banyak bersetuju juga dgn hujah2 yg beliau berikan.....
mungkin agak sceptical dgn hujah perlunya berkahwin ketika masih berada diawal pengajian..kerana org yg x berada di dalam situasi berkenaan..mmg bukannya layak utk memberi kenyataan......tp dek kerana rata2 contoh yg berhampiran dgn saya....dr 5 pasangan...hanya 1 pasangan sahaja yg betul2 bahagia melayari perkahwinan dr awal sehingga kini...manakala lg 4 pasangan...ada yg masih bertungkus-lumus membina kebahagian walaupun anak dah masuk 4...masih x tamat2 pengajian...dan ada antaranya yg si isteri berkorban dan tidak menyambung pengajian...dan ada yg sudah menemui jalan buntu kerana pasangannya telah bertemu kekasih yg lebih muda.........dan mengatakan yg dia tidak cukup puas menjalani kehidupan mudanya???????
tp siapalah saya utk membuat conclusion secara menyeluruh berdasarkan contoh dr saudara mara dan juga sahabat yg mempunyai pengalamanan seperti di atas...oleh demikian...tepuk dada...tanyalah selera masing2....kalau takut bermain ombak...jangan berumah di tepi pantai....yg semestinya....anak-anaklah yg selalunya menanggung perasaan kalau sesuatu yg x diingini berlaku:
Bukit Tinggi boleh didaki
Lurah dalam berkala-kala
Penat kaki boleh berhenti
Berat beban siapa membawa
Pandangan di atas adalah pandangan penulis dan empunya blog...jd tiada siapa yg salah..n tiada siapa yg benar..masing2 punya hak utk bersuara :) cheers....

Comments