Mama....
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Iyer...selama sebulan blog nie x ku terjah...x rasa nak jenguk..hatta menulis walau sepatah ayat pun x terasa nak menulis...mmg sgt2 blur......berbalik pada perbualan antara Imam Al- Ghozali dgn anak2 muridnya...MATI itu sudah pasti...setiap yg HIDUP pasti akan MATI...dan kita semua maklum..Hidup ini hanya pinjaman dariNya...semuanya akan kembali kepadaNya...
Begitu juga dgn kehadiran seorang insan yg paling & sangat-sangat penting dalam hidup aku. Beliaulah yg telah mengandungkan aku 9 bulan..menjaga..mendidik..membelai dgn penuh kasih sayang tanpa sempadan sehingga saat terakhirnya....kalau nak cerita sampai mati pun rasanya x habis betapa besarnya jasa seorang insan yg dipanggil mama.....hari ini cukup sebulan 2 hari, Mama telah dipanggil semula mengadap penciptaNya...pemergian yg x dapat aku nak tulis dgn kata-kata...sangat2 mendalam...sangat mengharukan...terkesan dalam hati dan minda yg aku rasa sampai ke akhir hayat...betapa saat yg paling aku takuti akan berlaku..Iyer...ianya telah berlaku..dalam keadaan dan suasana yg x terjangka...Ya betul...Maut tu pasti akan datang...mmg x boleh nak dinafikan...28hb April, 2012...tarikh yg aku akan ingat sampai bila-bila.....
Walhal, 2 minggu sebelum Mama pergi...mama dan abah ada di sini untuk spent masa sama2 dgn aku sekeluarga...iyer...x sempat pun aku nak upload gambar2 kenangan mama & abah sepanjang 2 minggu berada kat UK nie...Janji Allah..tetap Janji..bila sampai waktu dan masa, jika dipanggil olehNya..tidak akan terlambat walau sesaat pun...Iyer...aku dgn penuh rasa rendah diri...penuh keinsafan betapa kerdilnya makhluk bernama manusia ini...perlu menerima Qada' dan Qadar yg telah ditetapkan olehNya...dengan itu aku sepenuh hati REDHA akan pemergian Mama mengadap Pencipta..walaupun kesedihan ini amat perit dan akan sentiasa ada ruang kosong yg sampai bila2 pun x boleh diisi dan dicari ganti....tapi bila aku kenang-kenangkan..Mama pergi dalam keadaan baik dan bersedia mengadapNya...Mama dikasihi dan disenangi oleh ramai, Ilmu yang disampaikan meliputi manusia dari pelbagai peringkat dgn penuh ikhlas, selain amalan2 yg x putus2 tanpa mengira masa dan tempat..Maha suci Allah, ilmu yg kau sampaikan merupakan ilmu akhirat, bahasa Syurga, kitab akhir zaman..Mama sgt cantik luar dan dalam..itulah rata-rata, kata2 yg org cakap tentang mama..dan ramai juga yang menangisi pemergian mama....Alhamdulillah....tenang hati ni bila mendengar kata2 mereka....Moga Allah menempatkan Mama dikalangan yg dikasihiNya...Ameen...
Walaupun aku keluar dari rahimnya..tapi Iman itu memang x boleh diwarisi..mcm lirik Raihan - Iman Mutiara...yup...mmg aku jauh beza dgn mamaku dari pelbagai segi...huhuhu...walaupun hari-hari sentiasa diberi ingatan oleh mama...tapi x semua yg aku buat seperti yg dinasihatkan...Ohhh...kesalan tiada gunanya....tapi...Aku harap, Allah memberi peluang kepada aku untuk memperbaiki diri sebelum nyawa ini diambil olehNya...better late than never...Pada aku, itu antara hikmah yg aku dapat lihat dari sudut positif ketiadaan mama...Maafkan lah anakmu ini mama...bila kau tiada, baru anakmu ini mahu berusaha ke arah itu...InsyaAllah, dgn peluang yg ada ini, aku akan cuba berusaha memperbaiki diri..Supaya roh mama tenang di sana...Ameen...supaya aku dapat menjadi anak yg solehah...agak terlambat, tapi aku yakin Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Banyak lagi nak aku coretkan..tp akan ku tulis dari masa ke semasa...dan aku x akan jemu...menulis kisah insan yg bergelar MAMA....
salam sayang untuk mama.........
Comments
InsyaAllah...aku pun kagum dgn ketabahan kau menjaga ahli syurga..moga Allah melimpahkan kasih sayang dan rahmatNya kepada kita semua..Ameen...
Ameenn.....