Appreciation...Part 2
Tidak dinafikan dan satu statement yg aku yakin ramai yg tahu...Syurga itu di bawah tapak kaki ibu....Rasulullah SAW pun bila ditanya...siapa yg perlu kita sayang..sebanyak 3 kali, Baginda menjawab 'Ibu" dan "Ibu" dan "Ibu". Memang tidak dinafikan betapa tingginya darjat seorang insan yg kita panggil mama, ibu, ummi, mommy.
Tapi disebalik kekuatan seorang ibu..aku sendiri ada masa gagal atau terlepas pandang untuk mengiktiraf betapa besar jasa seorang insan lain yang turut terlibat secara langsung dalam membesarkan aku..iaitu jasa seorang ABAH....tanpa sokongan padu insan yg seorang ini, aku yakin yg hidup aku x lengkap dan x sempurna..
Teringat nasihat sahabat dunia akhirat aku yg mengingatkan aku akan hal ini..Syukur punya sahabat yg sanggup ada ketika senang dan susah serta ikhlas dalam memberi pandangan..supaya sahabat beliau yg sorng nie x terikut dgn hasutan dan bisikan syaitan..Alhamdulillah...
durra,
sebagai sahabat, aku bagilah pendapat aku yang ikhlas ni, moga2 ko mendapat sedikit kelapangan.
pagi tadi kebetulan aku ada dengar tazkirah pagi kat radio, perihal mendahulukan ibubapa lebih daripada segalanya. Sebagai anak yang beriman, aku pasti kau sentiasa tak lupakan jasa ibu ko, mengandungkan, melahirkan, membesarkan, mendidik sehinggalah keakhirnya...sehingga pemergiannya masih dirasai. aku yakin nanti umur ko dah 60-an pun akan rasa macam semalam dia pergi.....
tapi kita..aku juga...sering terlupa jasa ayah. walaupun dia tidak directly involve dalam membesarkan kita, janganlah sekali2 kita menidakkan pengorbanannya juga. Malah jika tiada nama dia di belakang nama kita, hanya sekadar abdullah, masyarakat sudah memandang rendah kita. dialah yang menaungi kita, samada kita sedar atau tidak..kerana kewibawaan dialah, kita berjaya seperti yang sekarang. kita dihormati dan tidak dikotak katikkan kerana orang tahu kita berayah. pengorbanan wang ringgit tak usah ceritalah, menjadi penunggu setia, bekerja seorang diri menyekolahkan kita dan adik2..malah ibu kita jadi sebegitu hebat di mata kita kerana sokongan dia juga.
durra...
kau sudah kehilangan ibu ko..dia sudah selamat di alam barzakh sana. kini yang tinggal, harta yang paling berharga untuk ko adik beradik ialah ayah ko tu, nun jauh di perlis. berapa umur dia? Rasulullah saw bersabda, umur umatku adalah sekitar umur 60 tahun sahaja. sudah terbalaskah jasa yang dia taburkan? sudah puaskah hatinya kita gembirakan? tak mahukah kita gembirakannya dengan memenuhi kehendaknya sementara dia masih hidup? ko kehilangan ibu. tapi dia kehilangan isteri. 38 tahun durra..suami yg isterinya surirumah, mcm ayah ko tu, lagilah terasa, sbb depedencynya 100%. Ayah aku tu, sana sini mak aku kene teman, kalo mak aku sibuk layan anak cucu pun die jeles tau. tahap manja..taktaulah kalau tiba2 mak aku takde.
durra..
bile ayah ko nak cari isteri baru, bukanlah niatnya nak gantikan mak ko. mak ko, akan kekal di hatinya sampai bila2. mcm Rasulullah SAW waktu Khatijah meninggal dunia, dia masih memuji2 arwahnya depan Asiah. bukan ayah ko nak menggatal, cuma dia mahu ada orang mengharapkannya...supaya baki hidupnya masih bermakna. lagi2 korang semua dah berkeluarga, ayah ko lagilah rasa tak bernilai, bila mak ko pergi. pastu yang basic makan, pakai...teman berbual, bertukar pendapat.
durra...
syaitan sentiasa mencari jalan mewujudkan perasaan marah, permusuhan antara ahli2 keluarga. dia bertepuk tangan bila kita anak beranak adik beradik saling marah2 dan rasa tak puashati. kalau tgh tiba2 korang adik beradik berperasaan begini, ayah ko tiba2 pergi di jemput, macamana?? sementara ayah ko masih bernafas ni, tunaikanlah apa sahaja permintaannya, yang menggembirakannya, yang melapangkan dadanya. jangan kita anak2, menambah2 beban dadanya, hilang isteri, anak2 semua tak nak kawan pulak, marah2...sedihnya hati. berkorbanlah perasaan tu, utamakan kegembiraan orang tua yang tinggal seorang tu.
Seriously, lepas aku baca email yg sahabat aku tulis nie...terasa satu perasaan haru-biru yg bersarang dalam hati, plus keserabutan dalam kepala perlahan-lahan terlerai..begitu juga airmata kekesalan pun turut jatuh dgn lajunya..Sungguh terkesan sekali nasihat yg sahabat aku coretkan.
Ohh betapa aku telah bersikap tidak adil dan berdosanya aku terhadap insan yg begitu besar jasanya kepada ku selama nie..atas semata2 aku biarkan emosi menguasai akal fikiran (rational) sehingga membenarkan musuh utama anak adam membisikkan kata-kata yg dalam hati dan fikiran ku untuk menidakkan permintaan insan yg bernama abah ini...Alhamdulillah..Allah telah menghantarkan kelapangan hati dan minda untuk aku menghadapi situasi yg rumit dan memerlukan keredhaan pada ketetapanNya..
Aku yakin dan sangat yakin...kasih sayang abah pada mama seperti cintanya dan kasihnya Rasulullah SAW kepada isterinya yg pertama iaitu Saidatina Siti Khadijah..Seperti cinta Adam & Hawa...Cinta yg akan dibawa sehingga ke liang lahad..Cinta yg sangat unggul...tempat istimewa mama yg memang tiada siapa yg dapat menggantikannya..Malah aku turut teringat-ingat pesanan mama aku 2 minggu sebelum pemergiannya, yg abah perlukan teman dan mama berkali-kali berpesan padaku yg beliau redha...sekiranya beliau tiada..akan ada yg menemani abah aku...sungguh mulia hati mama...begitu memahami suaminya hingga ke akhir hayat..
Walaupun Kau telah memanggil mama pergi mengadapMu lebih awal, Ya Allah memberi aku peluang dan kesempatan kepada ku untuk membalas jasa serta berbakti kepada abahku dalam beliau meniti hari-hari tuanya..Berilah kesempatan padaku untuk membahagiakan serta menceriakan hidup beliau selagi hayat dikandung badan...Ameeen...
Dulu masa kecik-kecik, aku sgt 'gerun' dan adakala aku agak jem ngan abah aku sbb sgt strict dgn aku..rasa mcm terlalu banyak tanggungjawab aku kena buat..n banyak summer camp aku kena paksa rela attend..dan selalunya kalau kena denda atau rotan aku ler mangsa paling teruk kena berbanding adik-beradik aku yg lain (tp x salah pun..mmg aku nakal dan x reti duduk diam pun) towards the end, aku sgt2 bersyukur dgn exposure, responsibilities dan trust yg beliau berikan utk aku...sbb semuanya aku dapati sgt bermanafaat utk aku menghadapi saat2 sukar dan genting dalam hidup aku..
Terima kasih abah!!! I love you so much!!!
Rasullulah s.a.w bersabda, "Redha Allah tergantung pada redha ibu dan bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu dan bapa mereka." (Riwayat: al-Hakim)
"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat 24)
Comments
Damnitistrue!
Ayah orang yang jarang kita sebut-sebutkan berbanding ibu kerana ketegasan ayah dalam memimpin keluarga menyebabkan kita selalu berpaling kepada ibu.
Kalau kene marah pun, kita akan menghadap ibu. Kalau ibu marah, kita menghadap bantal di bilik sebab kalau menghadap ayah, pasti akan ada tambahan marah. Bukan kerana ayah benar-benar marah tetapi ayah menyokong isterinya atau ibu kita dalam mendidik kita.
Thanks for the tazkirah!
Kawan Najjah:)