Bila musim 'gugur' datang menjenguk..

oh salam aidiladha buat semua kawan-kawan....
mesti masing-masing puas ati makan daging sempena raya korban. Kami di soton pun tidak ketinggalan. Cumanya diraikan during weekend sbb during weekdays, ramai yg x berkesempatan. Ada yg kena mengadap supervisor, ada yang bekerja dll. Jadi, semalam berlangsung majlis qurban yang diajurkan oleh penduduk Malaysia di Soton. Tak silap kambing yg terkorban berjumlah 7 ekor. Ini termasuk ada yg berniat aqiqah utk anak2 mereka. Tapi....aku tak dapat nak join tahun nie sebabkan kena jadi nurse utk Cik Ilmi Noura. Nampaknya tahun nie memang kami sekeluarga x menyambut raya baik AidilFitri mahu pun AidilAdha. Sambutan yg sangat sederhana..

Sambutan Aidilfitri sepatutnya sgt gemilang.Chewah, perkataan gemilang tu sgt x tahan ok. hahaha...Kami mendapat tetamu VVIP auntie norma, uncle n Didi.Tapi pagi raya tu, semua serba x kena. Masak x jadi, plus tetiba Muhammad sakit. Selain tu, en abang tak dapat amik cuti sebab ad ameeting penting. Jadi, sambutan AidilFitri agak kelam kabut dan semput.But it's ok. Yang penting, ceria dgn kehadiran tetamu VVIP kami tu.

Sambutan AidilAdha tahun nie pula. dan abang telah mengambil cuti in advance. Siap amik cuti 2 hari lagi...sekali , kami beraya di sini....


Yup...dlm bekas tu rendang daging yang dlm kalut2 tu sempat aku pack n masuk dlm beg sepital..Plus bawa gulai tulang n nasi..Malam sebelum tu, aku jadi mak guard merangkap Pn Misi..gara-gara penangan acute asthma lagi.Hmmmm xleh nak cakap apa sbb musim beralih angin lagi. Musim 'gugur' menjenguk dan musim 'kepanasan' says bye2..jadi Muhammad yang mmg x leh nak tahan dgn cuaca yg extreme. Jadi AA datang ler..jadi seharian kat sepital utk observation. Alhamdulillah, lepas dpt steriod, doktor cakap ok and x perlu buat neb. Cukup dgn inhaler treatment dkt rumah. Lewat petang baru kami dapat balik n merayakan saki-baki Aidiladha yang masih ada :) Alhamdulillah...

Seperti biasa..rumah kami akan ada vicious cycle..Lepas en abang kena, Muhammad..n sampai pula turn Cik Ilmi....jadi dah 2 hari..cik IN x ok. asal panas je high temp..maka sekali lagi, mama gaban diorng nie jadi mak guard dan juga pn misi....

Cik IN mmg kalau sakit..manja berganda-ganda. Asal malam jer mesti nak tido bawah ketiak mama dia..sampai lenguh2 ketiak I..u!!! adoiii...tp tu ler namanya kisah anak n ibu..sekali lagi mama diorng boleh berkawan dgn panda yg comel kat zoo tu..xper laa..janji anak2 sihat. Mama jadi kawan panda pun ok..Nampaknya cik IN makin ok...dan high temp pun makin berkurang...selain bagi paracetemol/Calpol. Aku buat gak stim session utk kuarkan hingus dan kahak. Plus buat gak tepukan utk buang kahak yg aku belajar dari kawan aku yg psychotherapy kat Sepital Kerajaan. Teknik tu berkesan utk membuang kahak..Tepuk2 manja org cakap...Alhamdulillah membantu..



ini ler dia dua budak cheeky. dan rambut cik IN tu, kisah kejadian sehari sebelum Raya Qurban. Hasil tangan abah dia..x dapek den nak nolong..huhuhu...x dapat ler pakai clip rambut. Kena tunggu sampai panjang balik...Huwwaaaaaaa.....


Comments

Popular Posts