Gelato oh gelato
mamma miaaa.......yummylicious..ada beran? ini namanya Super Sundae...penat n mengah gak ler ahkak n ahbang nak menghabiskan semangkuk gelato nie. Dengan 4 scoop og gelato plus, strawberries, plus waffle dan segala mcm accessoriesnya itu. Berpeluh gak ler dlm kesejukan malam nak menghabiskan semangkuk ni! Harga GBP8.95. Not bad kan.
Dekat Portswood Road (kira main road yg penuh dgn kedai-kedai) ada satu kedai Ice-cream yg diberi nama Sprinkles Gelato (SG). Gelato berasal dari bahasa Italy iaitu ice-cream. Mula-mula dulu masa pergi german, aku mati-mati ingat gelato tu gelatin.Siap takut-takut nak makan. Hahaha...apa laa kan..bikin malu jer.Yang best kat german, rata-rata kedai gelato nie owner dia Italian. Diorang yg buat sendiri gelato kat kedai tu. Jadi lain kedai, lain rasanya. Kelainan yg sgt menarik.
SG ni baru dibuka last year and bam!! terus jadi fav. hangout place bg warga Portswood dan sekitarnya. Menjadi tempat lepak bg muda-mudi terutama uni students, families dan setiap lapisan masyarakat. Kiranya tokey kedai nie telah hit the jackpot. Amatlah susah nak tengok keadaan SG ni kosong or lenggang. From time to time, mesti jammed pack. Especially during peak hours- after 5pm on wards. Satu perkara yg best, ditanggung halal sebab owner kedai nie Muslim dan segala gelato tu diorng buat sendiri kat rumah kedai nie (kedai 2 tingkat). Jadi boleh makan tanpa was-was.
Diorng punya ice-cream selection..Mak aiiii...memang menggugat Iman..Dgn harga GBP2 per scoop to begin with. N lagi banyak kita order, harga pun makin diberi diskaun. Tapi segan lak aku nak g amik gambar deret2 kotak gelato tu kan..x macho laa kan..macho mesti mau kena control kan .hehehe. Kesedapan gelato diorng memang mengundang kenangan indah dan kesedapan makan gelato kat Italy, Germany dan Spain. Dari 5 bintang, aku bg 4.5 bintang.Tudiaaa!! Setelah sekian lama aku dok menunggu dan terbayang-bayang kesedapan gelato di 3 negara tadi. Lega dan suka sangat bila dapat menjamu gelato dekat dengan rumah..Jalan tak sampai 5 minit pun.
Wajah mengantuk dan puas hati dapat makan waffle dan gelato. Lama dah x dapat dating macam gini ;) hehehe
Wajah orang suka hati sebab dapat 'membalas dendam' makan gelato banyak-banyak.
Comments