Punya lah lama...

Benda alah ni aku rasa, rata-rata rumah ada kecuali rumah kitorng. Sebabnya mula-mula dulu rasa mcm x berapa nak perlu dan masih rajin lagi nak menapak ke dobi.Sebab ingatkan bill letrik akan melambung. Rupa-rupanya, tidak benar sama sekali.Huhuhu..ini ler akibat x buat research betul-betul. Main agak sendiri. Benda alah ni dah beli dekat tiga bulan sebenarnya. Hehehe..selepas masing-masing dah fed up n letih nak bergilir dan mengusung baju-baju g dobi..Haissshh...nak balik baru teragak nak beli. Orang kata, better late than never kan ...hehehe..





Taraaaa........maka terbeli laa sebiji dryer...juling gak ler bila tengok harga dryer kat kedai dan mall. Tak sangka laa harga sebegitu rupanya. HUhu..dan baru belajar yang rupanya ada gred-gred benda alah ini dalam penjimatan elektrik. Bagi yang betul-betul jimat, Gred A dan x berapa nak jimat dalam Gred C. Jadi yang kami punya Gred B. Kira kategori sederhana jimat. Dan berat muatan adalah 9kg. 




Dan namanya rezeki. Dalam 2-3 hari dok buat research pasal dryer nie keluar masuk kedai and website search bagai. Di tengah malam nan idah sebelum esoknya nak gi Curry's. Tetiba tergerak hati nak usha kat e-bay. Pergh masa tu terangkat sket muntot bila tengok benda alah ni mula bid 150 pound. and as good as new. Nekad dan tawakal, cik abang suruh je bid. Tinggal 7 minit je before the biding time ended. Alhamdulillah, dah nama rezeki. Berjaya mendapat dryer ni dlm harga yang amat2 murah 155 je. kira 1/3 dari harga atas kedai. 




Bila benda alah ni dah sampai rumah (my abang g amik kat rumah org tu). Memang nampak sangat baru. Serious macam x percaya. KOt laa kan sebab dalam ebay kan ada macam-macam seller. Rupa-rupanya previous owner belikan utk isteri dia. Tapi sebabkan banyak buttons, isteri dia gabra dan prefer sidai kat luar je (veteran couple)..Huhuhu...jadi pakai pun sekali jer. Alhamdulillah...Lega pun lega, sebab lepas ni x perlu gaduh-gaduh dah sapa nak g hantar baju ke dobi.hehehehe

Comments

Popular Posts