4 hari tanpanya...

Salam isnin semua....

4 hari tanpanya??? Yeeeaaayyyy!!! apakah itu?? bunyi mcm gempak je kan. Sebenarnya, takde mende sangat bagi korang, tapi bagi aku. Rasanya stepping stone kot ke arah mendapatkan kembali 'kebebasan' minda.hahaha, pening x ayat2 aku ni? Bukan apa, lately aku rasa addiction aku agak melampau gak sampaikan x renggang dgn hp aku tu. Huhuhu tahap kronik gak ler sampaikan aku g toilet pun bawa! Kegilaan apakah itu. Jadi kekonon 2014 resolusi, aku telah menceraikan talak satu dgn girlfriend aku cik FB.hahaha...bagi memberi ruang kepada diri memasing mencari identity diri sendiri.

Teruk sungguh penyakit ketagih aku tu. Jadi, bila dah 4 hari tanpanya ni, aku rasa macam tetiba dunia ni berbeza dan rasa aman jer. Hahaha..Ye la, xde aku nak tengok atau tau, orang tu gi mana, diorang tengah makan ketam besar penumbuk masak cili, atau diorng tengah bersiap-siap nak g parti ke, baru beli TV besau 80 inchi ke....x perlu aku nak baca link-link yang cerita pasal pembunuhan, penderaan budak kat taska, kisah-kisah yang boleh bikin kepala pening. Geng selfie pun satu hal gak. sikit-sikit selfie sudah ler. Ini selfie memanjang. KOt mcm kak tipah sorang je ke yang ada fb account. Letih gak ler kan.. (pesal ko x block je? ada orang Tanya.Macam kecian laa jugak)

Selain dok baca pelbagai jenis tazkirah yang ada masa x tau betul ke x sumbernya itu. Jenis main copy paste je set set ni. Bukan x suka, tapi ada sesetengah orang ni buat wall fb dia mcm pentas nak 'menunjukkan' kealiman (opsss...berbaik sangka please...bagitau  kat orang  yang dia dkt masjid, dok tengah solat tahajjud..sambil mencurah-curah airmata itu..Ohhh sangat lah drama...sambil tu tagline- peringatan utk diri sendiri). Aku rasa x salah nak buat mcm tu kalau sekali-sekala. Tapi kalau dah tiap kali hapdet..itu jer..bukankah itu ciri-ciri 'Ujub atau riak dlm bahasa melayu. Aku tahu ko alim, aku tahu ko nak menasihatkan orang lain. Tapi at one point, x perlu nak riuh satu FB apa ko buat tengah-tengah malam. Biarlah itu antara ko dengan Allah. Please keep it to yourself ya. Kang x pasal-pasal hilang semua pahala tu.Huhuhu...

Aku pun x nafikan, aku pun bukan baik sangat pun. Dok buat gak letak gambar makan-makan, jalan-jalan etc. Tapi orang cakap, biar bersederhana. Jangan sampai orang rasa bohsan dgn kita. Ada kot orang bohsan dgn aku?? hahaha..

Jadi till today, aku Berjaya x jengok account FB aku tu. Rindu oh rindu, tapi ku tahankan jua isi hati yang meronta-ronta ni. Sampai bila nak menahan kerinduaan ni? Hmmmm...ada cadangan, during weekend aku on la kejap dalam sejam dua. During weekdays, rasanya tengok lah sampai aku leh kawal addiction aku ni. Esok-esok leh aku buka balik mcm biasa. Serious x tipu. FB 'berhantu'. Huhuhu...till then..gua mau sambung kelija. Wassalam

Comments

Neny said…
Hehehe...ko menterjemahkan jugak apa aku rasa pasal FB...how annoying some people can be...tapi annoying pon gi stalk jugak org tu...hahaha

So cerai talak satu ngan FB tu apa maknanya? Tengok gak la sekali sekala ye?
hehehe.betul neny..yup aku paling x tahan kalau gaduh laki bini atau dok minta benda kat laki atau bini dia kat fb. haha...tp aku pun dok stalk org gak kekadang tu..kaypochi gak.. ;)

cerai yg leh rujuk..hehe..kot keinginan nak tau meluap2.aku g buka fb bad..haha..aci x mcm tu ;)

Popular Posts