Tuesday, April 22, 2014

Happy...happy birthday....coolest person


Hari ni saya nak ucapkan selamat hari lahir kepada vvvip dalam hidup saya...Abd Razak Shaari..moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik sehingga ke akhir hayat, diberikan ruang untuk beramal ibadat hingga ke nafas terakhir serta diberikan kami adik beradik untuk terus merasa kasih sayang beliau hingga ke nafas yang terakhir...

Walaupun abah sangat tegas dan agak garang.hehehe (biasa laa takat ...
kena libas dgn rotan, denda dan sebagainya..tapi tujuan utama adalah untuk mendidik..pakai cakap, psychology semua dah x jalan..hahaha..buat macam mana dapat anak yang x makan saman) tapi abah mmg cool...at the same time kelakar (walaupun amik masa gak nak faham jokes abah..kwang..kwang..kwang). Terima kasih tak terhingga atas segalanya.Kot nak senarai mmg x 2 minggu pun x habes2..kalah lit. review Jadi kasi abstract je la senang.

Terima kasih sebab memberi kepercayaan sedari kecik lagi walau pun ada masa agak jem sebab kecik2 dah kena buat macam2 hahahaha,antaranya darjah 4 dah kena 'paksa rela' naik bus national express dari Bangi-KL sorang sbb nak g British Council, kena g bayar monthly bills kat pejabat pos Bangi sedari darjah 3, jadi driver terhormat family sedari dapat lessen dari hantar, amik mama, adik2 ke sekolah,surau, sampai lah bawa adik2 g vacation langkawi, genting, PD etc. suka sangat hantar Durra g summer camp laa apa camp laa..huhuhu...Walaupun abah sibuk mengalahkan Perdana Menteri Itali, tapi tiap ruang masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin dengan kami semua (paling tidak, bacakan bed time stories sebelum tido masa sekolah rendah..).

Terima kasih jugak bawa kami g outstation masuk kampung keluar kampung cari baka pokok durian, pulasan dan sebagainya..Paling x boleh lupa kena 'paksa rela' masuk kampung keluar kampung, jumpa dengan orang-orang yang layak menerima zakat tiap-tiap kali sebelum Raya atau akhir tahun nak mula sekolah (SN kira lambat skeet laaa nak buat..abah n mama dah buat dulu..hehehe)...Pengalaman yang memberikan rasa kesyukuran, keinsafan dan tidak lupa diri...Selain asal boleh je kena 'post' balik kampung berbulan-bulan dan berminggu supaya dapat kenal asal usul dan dapat lepak dgn tok, wan dan kaum keluarga...Precious moments..merasa jugak dapat naik atas kerbau..mandi air sungai guna pam tangan tu..legend aaahhh..lompat terjun tiruk masuk sungai sambil2 naik sampan dengan nenek tebar jala tangkap udang galah kat sungai..comot pun comot lah sampai merelit..hehehe..geng2 dengan mak2 menakan..pak2 menakan semua..sepupu sepapat dan xleh blah selalu kena bebel dengan tok dlm siam sbbx reti dok diam..hahaha....wowwiieeee....Ohh my..oh my...how i really miss those old sweet moments...

Terima kasih juga atas sokongan padu baik dari semangat, moral, kewangan dan sebagainya. Dah besar panjang pun masih ditaja...huhuhu...hopefully I will not let you down. To conclude...I am so blessed sebab dapat dipinjamkan nama untuk digunakan sepanjang hayat sebagai Durratulain Abd Razak..Mohon maaf kiranya selalu menyusahkan...mensusah hatikan abah..x tercapai expectation. But I am trying my best to be the daughter that you can be proud of..Your the coolest dad!!!

loads and loads of love on your birthday...
Durra....anak mu...

just the 2 of us.....( Pekan Kecik Aberysthwyth)

1 comment:

Haruna said...

hppy birthday uncle!! im blessed too as I have the chance to get to know your daughter! hehe

may the friendship remains till Jannah... ameen