Mencurahkan air ke daun keladi

Rajin betul I hari ni...siap ada 2 entry lagi..muahahaha.....sebelum timbul apa-apa spekulasi..kisah di bawah tidak melibatkan I atau siapa-siapa yang uols kenal. Ini adalah luahan hati kawan I..yang I pun agak buntu nak buat mcm mana bila berhadapan dengan orang yang mcm gini...

Kalau lah kawan-kawan alami scenario yang mcm gini (kisah, cerita , orang tiada yang berkait sama ada hidup mahu pun mati). Al-kisah....si A ni merupakan sahabat si B. Sekali berlaku sesuatu keadaan di mana si A mengalami masalah atas perbuatan sendiri. Si A mencari dan meluahkan kepada si B akan permasalahan yang timbul . Si B pun tumpang susah hati sekali, berusaha untuk memberikan beberapa cadangan mengikut situasi yang berlaku kepada si A selain menjadi pendengar yang setia. Tetapi, tiap kali cadangan yang diutarakan kepada Si A, si A akan terus berpusing-pusing membuat diversion kepada permasalahan yang berlaku dengan seolah-olah orang lain yang bersalah. Fokus kepada permasalahan ditolak tepi. Bila digertak, Si A akan cepat-cepat membuat defensive confession lebih kurang mcm gini lah ayatnya "Ya...aku yang bersalah..aku yang x reti..bla bla bla bla".....end up...apa pun x tercapai hatta solution sekali pun..Situasi begini berlaku bukan sekali, tapi berkali kali...nak kata Si A tak bijak bistari...Beliau sangat bijak berkilau-kilau otak geliga macam batu cincin...Umpama waste of 'ears', waste of time dan semestinya waste of energy bagi pihak Si B kerana Si A secara dia tidak sedar seorang yang tidak akan mudah bend dgn apa yg org suggest. Macam juga perumpamaan kat atas tu jugak..Back to square one.

Jadi persoalannya sekarang...kalau korang lah kan...apa yang korang nak buat?
A. Jangan putus asa, terus menjadi pendengar dan penasihat yang setia
B. Abaikan je si A dengan permasalahannya
C. Referkan si A dengan orang lain yang lebih penyabar
D. Selain di atas...dan nyatakan...

Kamsahamida....

Comments

Popular Posts