Kuala Selangor nan indah lagi permai...

Salam Khamis semua.....tadaaaa.....after a long weekend bagi org2 Wilayah n Selangor...tau2 je hari dah masuk hari Khamis...esok Jumaat...lusa weekend lagi..Yabadabedooooo....So korang g mana masa long weekend tu??? Well, al-kisah kami sekeluarga pada Sabtu yg lepas..selepas attended satu wedding kat MAEPS, Mardi..tengah nak keluar dr hall tu..teng teng teng...datang ilham..Jom g PD..tengok 3D museum..Oh okk...N bila keluar je arah Hospital Serdang itu..tetiba...Kuala Selangor kita!!!

Maka ini ler kisah unplanned visit to Kuala Selangor di hari Sabtu nan ceria...Jadi destinasi jalan-jalan xde kereja kami pada hari itu ialah melawat Bandar Lama Selangor/ Ibu negeri Pemerintahan Kesultanan Melayu Selangor nan lalu....Moh kita ke Kota Melawati...Half way guna highway Putrajaya tu and sampai satu part tu kami gunakan jalan kampong.

Perjalanan dari Serdang ke Kuala Selangor mengambil masa kurang dari 1 jam setengah sahaja (itu pun bawa secara santai dan berhenti 2 kali di petrol station). Bertolak dalam jam 12.30 tgh.

Destinasi pilihan: Kota Melawati dan Kelip-Kelip Kuala Selangor (fireflies) yang famous itu.

Cost: Tramp ride/ tourist train dari bawah ke atas bukit ialah RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak berusia 3-12 tahun.

Manakala, bagi satu boat utk fireflies nite time watching experience for 1/2 hour ride on Sungai Selagor di Kampung Kuantan is RM50 per boat. The maximum capacity for boat ride is 4 persons per ride. Boat ni x pakai engine tau, manual ok. Jadi, sungguh gigih abang pendayung mendayung dan beliau sgt peramah dan baik hati..hehehe

Destinasi pertama: Kota Melawati



Ada seorang kanak-kanak riang yang sedang sukaria berlari tanpa menghiraukan seangkatan lotong yang mendominasikan area Kota Melawati itu...

 
Sorang lagi baru lepas accident, excited tahap gaban terus lari2 n dgn macho nyer jatuh tersungkur n dapatlah cop mohor kat bawah hidung tu...Kids will always be kids, mana reti nak duduk diam kan ;)
 


Kami dengan bakal pewaris Orang Besar Kuala Selangor iaitu Yus..Ni geng Bangi gak ler...Mana2 pun boleh je ajak lepak Kemudians ni..Yus balik kampong, lawat ayah dia...alang2 join lepak skali ler...
Saya pernah menginap semalam di Museum K. Selangor few years back sebelum diorng convert the DO (District Officer) official house into a museum. Selalu balik ikut my bff balik rumah dia..Tapi cukuplah semalam je nak tidur kat situ..yang lain sanggup balik hari jer..hehehe..ni kalau uncle Seeker dengar ni..mesti suka dia...
Ermmm....just imagine the only building with inhabitants on top of the hill was the DO's house..Padang depan Nampak light house dgn pkok2 jurai2 yg beusia ratusan tahun, pandang tepi Nampak hutan, pandang belakang ada batu berdarah...n kalau pandang lebih2...gulp!!! hohoho...But i cant denied the facts that the views are super stunning!! MasyaAllah..terus nampak laut je bila lepak kat balcony rumah/museum tu...Bab malam yg x berapa nak stunning sgt..hehehe..Masa tu, my bff Chah's father was the DO. Family diorng org yg terakhir menginap di rumah tu..selepas diorng moved out, baru ops menaik tarah rumah dilakukan..Maka hasilnya ialah..tadaaaa...nice tourist attraction..Nampak ceria wpun the aura is still lingering there...especially kat belakang museum tu...Hmmmm....




 
oh ye...kereta x dibenarkan bawa ke atas...unless certain vehicles only..Oh kat tepi tu ada mcm2 hawkers jual makanan utk lotong, utk org..n ada sorng pakcik ni jual cendol yg sedap...cendol pandan..leh laaa nak layan sambil lepak kat tepi meriam tu..feeling gitu....

 
Penduduk asal dari dulu lagi kat Kota Melawati- Lotong...
Mereka ini sgt jinak dan x heran dgn org.Berhati-hati kalau bawa makanan.
Jadi x perlu g jauh2 ke Tanjung Bungah, Penang nak tengok diorng ni...hehe..Kota Melawati mmg kampong diorng...


 
Light house......menghadap muara sungai Kuala Selangor yg terus ke laut.  
 







 
dah low batt memasing....

 
Makam sultan-sultan Selangor yang terdahulu. Al-Fatihah...


Lepas settle lawatan kat atas tu, kira lawat pulak rumah Orang Besar Kuala Selangor dkt kaki bukit tu...Ni bakal Datin..hehehe..



Lepas settle minum petang kat rumah ayah Yus, kitorng gerak ke Kampung Kuantan utk makan malam dan solat sekali...Sgt convenient skali, sbbnya Masjid Kampung Kuantan betul-betul bersebelahan dgn Pusat Kelip-Kelip, jadi lepas solat terus zoom ke sana...Sebabkan arahan utk tidak memasang flash ketika berada di kawasan pemuliharaan Sg Selangor, jadi sempat snap gambar MH tengah cuak nak naik boat di malam nan indah itu...Bila korang naik sampan tu, boleh pegang the fireflies tu..tp jangan terlebih rajin nak bawa balik rumah jadikan souvenir lak..tak pasal kena denda RM1000...Jadi lepas settle kami tengok ciptaan Allah yg unik ini...kami pun beransur balik..This time, terus je amik highway dari mula...

Sememangnya Malaysia kita sangat indah dan x kurang daya tarikannya...rata2 yg ada kat Kampung Kuantan tu ialah tourists merata dunia...locals dlm 20% sahaja...Wish list nak tengok kelip2 dah boleh strikeout...yeay!!!

Comments

Popular Posts