Jawi dilemma....

Assalamualaikum n Happy Monday...

Nampaknya aku semakin rajin jengah blog ni..Hihihi...bukan apa, bila tengah stuck dgn writing. Writing dlm bentuk yg lebih santai bagi aku kebebasan utk mengutarakan pandangan. Ok x BM aku..hehehe..

Kali ni episod Jawi pulak...Bukan Counter strike back..Tapi how to instill jawi to your kids..Jangan tanya aku lagi sbb anak2 aku mmg x reti Jawi. Cumanya aku nak diorng belajar perkara asas ni supaya diorng x jadi buta Jawi..jawi tu pada aku sebahagian dari jati diri Bangsa Melayu.... Jawi tu sgt cantik dan indah..tetambah kalau korng pandai tulis khat...pergggh....mmg marbeles

Pada aku, Jawi tu super important spt mana tahu membaca Iqra dan Al Quran. Disebabkan aku x hantar MH ke kelas KAFA, aku kena cari jalan mcm mana nak bagi MH tahu membaca dan menulis Jawi. Sebab x hantar lagi ke kelas KAFA, nak bg dia adjust dgn routine baru yg agak memenatkan dia....

Benda ni mmg x mudah dan memerlukan latihan dari segi pengalaman dan juga pembacaan. Tapi achievable InsyaAllah. Mcm aku dulu, mmg dr darjah 1, parents aku hantar aku g kelas KAFA yg lebih kurang mcm skrng ni..n Sekolah menengah pun aku belajar dlm suasana yg memerlukan aku menulis Jawi setiap hari...Boleh la takat nak baca Jawi tu lepas la org kata, tapi bab menulis tu dah mcm kura2 sbb jarang practice skrng ni...huhhu....

Untuk bab Iqra dan Al Quran. Kami laki bini selain di para guru tadika mengajar MH (thanks very much Tadika HI). Alhamdulillah, lepas satu hurdle, MH mulakan 2017 dengan buku baru iaitu Al Quran. Caranya:

1. Iqra di ajar di tadika selang sehari (day care only, waktu ptg)
2. Setiap mlm, kami laki bini takes turn ajar MH dlm maximum 15 minutes
3. Bagi setiap level yg Iqra, MH berjaya habiskan, award akan diberikan (x lebih dr RM100)
so antara yang MH pernah request n dpt (Aquarium set, Hot Wheel set, Badminton rackets..semua request tu mmg ikut musim minat MH..

Cumanya, approach utk MH tu x berapa sesuai dgn adiknya yang x berapa nak focus. Jadinya utk IN..kami cuma spent 5 minutes je dulu utk dia baca Iqra n system rewards masih diguna pakai...So, nnt kita tengok perjalanan IN belajar Iqra sbb dia cepat hilang fokus n Manja yg amat!!!

InsyaAllah utk pembelajaran Jawi bagi MH, aku cuba dulu dgn approach Pengenalan kepada suku kata Jawi dan sesi pembelajaran akan dibuat secara santai sahaja. Iaitu hujung minggu. Kenapa x hantar kepada org? Hmmmm satu budget mmg tight, satu lagi, aku cuba praktik apa yg mak aku dok buat kat kami. Beliau akan duduk n sama2 buat keje rumah dgn kami walaupun sesibuk mana pun jadual harian beliau (arwah mama mengajar di masjid2 dan surau2 di sekitar Bangi at that time). Biaanya dlm 15- 30m minit sehari...wpun kejap, tapi aku rasa berkesan. Mmg jarang aku kena denda dlm kelas sbb x buat homework..kalau lupa tu pun...aku lupa nak bawa kuar buku tu...padan muka..

Next project, mcm mana nak bagi bebudak ni hafal surah2 lazim yang selain Al Fatihah, 3 Kul dan yg pendek2 tu...mcm revision utk aku jugak...InsyaAllah..tu next project...

Aku x cuba nak judge or nak stamp aku punya pemikiran kpd org lain. Aku just nak share je apa yg aku cuba nak tengah buat. Segala cadangan dan pandangan amat dialu2kan...
Well...blog ni dh mcm blog pendidikan pulak...hahahahaha...layaaaannn....

Comments

Popular Posts