Dia mualimah, guru, teacher ku yg pertama

Assalamualaikum……..n happy cheerful Thursday...

Alhamdulillah masih lagi bersiaran dan sihat sejahtera dlm Nikmat dan IhsanNya …..

Tetiba pulak jadi terajin nak update blog ni kan....After all this while, I've been away and pretending to be busy when my life is so routine..hahaha… Sebenarnya, niat nak mencoret di pagi hari ini adalah untuk mengkisahkan kisah seorang insan yang paling istimewa dalam hidup aku. Supaya kisahnya 'hidup' dalam diri aku dan cucu-cucunya yang tidak berpeluang untuk mengenali insan hebat ini kerana Allah lebih Menyayanginya…

Seingat aku, aku berjaya khatam Quran sewaktu umur aku baru mencecah 8 tahun. Sejak bila aku mula belajar Buku Allah ni, mmg aku sendiri pun x ingat..Teruk betul memory, ni sebab dulu banyak sangat main laa..hahaha...Tapi seriously, Darjah 2 je aku dah Berjaya menghabiskan satu buku Allah ni. Alhamdulillah. Kalau ikut flashback memory aku, mungkin...mungkin aku mula kena Kalamullah ni at a very young age...Aku x hebat, yg hebat, Bonda ku….Dia Muallimah, Guru dan Teacherku yang pertama… Aku belajar mengaji dari mama dan bila dah mula masuk sekolah rendah….Baru berjumpa dengan Ustazah Maimunah yang turut sama mengasahkah bakat aku dlm Tilawah AlQuran..Apa??? Durra leh mengaji quran ikut tarannum..hehehe... Boleh laaa sikit2 ;) Lepas laa takat Hijjaz, Bayati etc... Sebab masa sekolah menengah, terpilih masuk Kelas Khas Kemahiran Al-Quran dari zaman Labu sampai la Mergong.. Nak kata aku ni seorang murid yang tekun dan wanita lindungan Kaabah tu..hmmm mmg sadly, TAK.. gheja aku rebel je masa sek menengah tu...haaiishh…Apa jenis peel pun aku sampai skrng, aku sendiri x faham.. errkk

Ok, sambung citer balik...Rumah aku ni, boleh dikatakan dr pagi sentiasa ada orang datang belajar mengaji dengan mak aku ni..Dulu aku pun x faham, pesal rumah aku tiap2 hari penuh...Ada 2 jenis golongan pelajar mama, dewasa dan kanak-kanak. Mama mengajar mengaji Al-Quran dan Muqadam (zaman tu xde Iqra2 ni) dan selain tu mama juga mengajar Fardhu Ain. Jadi, mmg sentiasa lah ada sesi mengaji kat rumah aku yang sentiasa ramai dengan tetamu2 yg dating silih berganti. Yup, rumah kami masa tu mcm B&B, pusat tution lebih kurang.Happening!!

Zaman tu, BBBangi x macam sekarang...Small community dan dalam hutan!! 1980an is e best era kalau korang tanya aku…. Zaman tu, Bangi punya penduduk x sampai 1 ribu orang. Jadi , memang kami boleh kenal each other. Pasar malam pun alahai, comel kecik je..sapa yg perasan, Pasar Pagi fasa satu tu, deret kedai sebaris tu..situ lah tapak pasar malam pertama di Bangi..n pondok polis pertama pun dekat kedai tu...Haaa..punya lah kecik Bangi masa tu ;) yang lain masih lagi tanah kosong or tanah yg ada kelapa sawit..Haiwan2 pun meriah juga waktu tu..xyah nak g Zoo bagai..hihihi…

Kisah mama mengajar ngaji ni….mmg jiran tetangga etc dari mak sampai ke anak2... Mostly, area fasa 1 tu, mama lah muallimah.. Jadi bila aku dah Nampak steady skit....Mama mula training aku utk Tilawah...Suara aku xde la sedap mana..Hehe...tapi takat nak baca Quran secara berlagu..Ok lah… Ada masuk few competitions, ada yang menang n ada yang x.. Tapi bila mama Nampak aku ni susah nak duduk diam lama2..Mama pun dah x paksa aku masuk competitions.. Sebab masuk darjah 3 je, aku mmg sangat aktif bersukan. Wakil sekolah, daerah sampai ke negeri. Jadi , mmg sgt kontra laa kalau aku involved serentak..Mcm split of identity gitu.. Pg dok molek mengaji, petang tukar uniform berpanas terik..Mama mmg cool sbb dia x paksa aku.. Jadi lepas darjah 3, mmg aku stop masuk Tilawah Al- Quran..Tapi, aku dah mula ganti mak aku mengajar kawan2/junior baca Muqadam/Quran kalau hari yg mak aku xde...Ustazah bidan terjun sekali sekala. Pikir2 balik, mcm x percaya pun ada..huhuhu…

So, sekarang ni..aku x hantar anak2 pergi mengaji dgn orang lain. Satu, sebab aku ada ruang nak ajar diorng..Surirumah kan..hehehe.. Kedua, aku nak sambung legasi mama..Bagi tiap kali aku mengajar anak2, aliran pahala tu turun kepada mama..InsyaAllah..Wpun, agak lambat aku mula utk bebudak ni..tapi better late than never. Alhamdulillah..MH dah nak masuk surah Al Imran..IN pula dah masuk Iqra 6.



Comments

Popular Posts